
Perjalanan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich untuk datang ke LG Optimus 2X adalah sangat sukar sekali. Pertama dahulu kami menerima berita bahawa kemaskini tersebut telah batal, kemudian mereka tarik balik notis batal itu, kemudian mereka tangguhkan, kemudian dilancarkan, tapi di Korea Selatan sahaja, diikuti dengan sumber kod dikeluarkan sebulan lepas yang lalu.
Tapi pemilik Optimus 2X kini boleh bergembira semula, kerana kemaskini Ice Cream Sandwich (ICS) akan tiba untuk negara luar dari Korea itu, menandakan perlepasan kemaskini untuk semua pengguna antarabangsa. Menurut laporan dari XDA, firmware Android 4.0.4 v30a kini sudahpun boleh dimuat turun melalui perisian LG bagi kemasini melalui PC.

Kemaskini ICS itu sepatutnya boleh memberikan peningkatan prestasi kepada telefon pertama dual-core itu, yang pertama kami lihat kemunculannya pada acara Consumer Electronic Show (CES) 2011 yang lepas. Kemaksini ICS itu juga memastikan pemilik Optimus 2X akan menerima aplikasi Google yang terkini, termasuklah versi terbaru Gmail, Google Calendar dan Google Chrome. Kemungkinan kemaskini itu juga akan disertakan Optimus UI 3.0, tapi kami tidak dapat memastikan perkara itu benar atau tidak.

































