All posts in Android 4.1

ASUS Malaysia Umum Kemaskini Jelly Bean 4.1 Untuk Padfone.

image

ASUS Malaysia melalui saluran media rasminya hari ini mengumumkan secara rasmi kemaskini Jelly Bean untuk model Padfone pertama mereka. Model Padfone pertama mereka ataupun yang dikenali dengan nombor model A66 dikatakan akan menerima kemaskini berkenaan bila-bila masa bermula ketika ini berikutan ianya telah mula dilepaskan untuk pengguna Asia dimulai dengan pengguna Taiwan. Kemaskini ini akan dilepaskan secara berperingkat dan dijangka akan sempurna pada tamatnya suku pertama tahun ini.

Model Padfone A66 yang pertama ini merupakan versi pertama sebelum pelancaran Padfone 2 yang baru diperkenalkan baru-baru ini. Perbezaan ketara yang boleh didapati dari model yang terdahulu ini dengan yang baru adalah kedudukan padfone sewaktu dimasukkan ke dalam padfone station adalah melintang selain ianya turut didatangkan dengan papan kekunci yang melengkapkannya menjadi seakan-akan komputer riba.

Samsung Mula Lepaskan Kemaskini Jelly Bean 4.1.2 Untuk Samsung Galaxy S2.

s2
Berita baik untuk pengguna-pengguna model Samsung Galaxy S2, Samsung dikatakan baru saja melepaskan kemaskini Jelly Bean 4.1.2 bagi model berkenaan bagi versi antarabangsa termasuk Malaysia.

Anda boleh menyemak status kemaskini berkenaan bermula sekarang melalui telefon anda ataupun menggunakan aplikasi KIES untuk telefon Samsung. Untuk makluman, tidak semua telefon boleh mendapat kemaskini terbaru ini secara serentak. Jadi, anda dinasihatkan jangan berasa panik atau hairan jika rakan anda mendapat kemaskini dahulu sebelum anda atau sebaliknya. Ada sesetengah kes anda tidak mendapat kemaskini jika diperiksa melalui telefon tetapi mendapat kemaskini pula jika menggunakan aplikasi KIES. Kami menasihatkan anda cuba gunakan kedua-dua cara untuk menyemak kemaskini berkenaan.

Antara ciri-ciri terbaru yang akan didapati oleh pengguna Samsung Galaxy S2 adalah :

- Prestasi lebih lancar dan stabil (project butter)
- Perubahan antaramuka (Sama seperti UI Galaxy S III dan Galaxy Note II)
- TouchWiz Nature UX
- Samsung S Cloud
- Kamera yang dipertingkatkan
- Lockscreen baru dengan lebih pilihan ubahan
- Ciri baru seperti Direct Call, Smart Stay dan Pop-up Play
- Widget-widget baru (Sama seperti Galaxy S III)
- 2 mod Home screen
- Ruang notifikasi baru dan lebih togel notifikasi
- Google Now

Untuk maklumat lanjut dari masa ke semasa negara mana yang telah mendapat kemaskini berkenaan, sila ke laman web sammobile.

Sumber : Sammobile

Samsung Lancar Samsung Galaxy S 2 Plus, Hanya Perbezaan Sedikit Dengan Versi Asal.

image

Samsung dikatakan telah melancarkan Samsung Galaxy S 2 Plus. Namun dikatakan telefon terbaru itu hanya mengandungi perbezaan yang sedikit dari versi Samsung Galaxy S 2 yang asal.
Samsung dikatakan hanya mengemaskini telefon dipertingkat dari Galaxy S 2 ini dengan versi Android 4.1.2 dan versi TouchWiz Nature UX mereka yang terbaru dan telah menurunkan memori dalaman kepada hanya 8GB dari versi asal 16GB. Namun menurut Samsung telefon ini menyokong tambahan memori dalaman (micro SD) sehingga 64GB.

Telefon ini mempunyai kuasa pemprosesan dari pemproses dua teras dengan kelajuan 1.2GHz dengan RAM 1GB. Kamera dengan resolusi maksima 8 Megapiksel bagi kamera belakang dan 2 Megapiksel untuk kamera hadapan. Skrinnya bersaiz 4.3 inci juga dari jenis skrin Super-AMOLED Plus.
Sambung baca seterusnya →

Samsung Korea Memberitahu Kemaskini Jelly Bean Akan Tiba Untuk Peranti Samsung Galaxy S 2

Samsung Galaxy S 2 Jelly Bean Malay Melayu Malaysia

Mengikut perancangan asal, Samsung Galaxy S 2 sepatutnya mendapat kemaskini Jelly Bean pada tahun lepas lagi, tapi baru hari ini pihak Samsung Korea mengumumkan kemaskini baru itu akan tiba dalam masa terdekat. Seperti biasa, Samsung tidak memberikan tarikh bilanya ianya akan keluar kepada umum.

Tetapi satu benda yang pasti, pihak Samsung ada memberikan butiran lanjut mengenai kemaskini mereka akan berikan itu nanti. Menurutnya, anda perlu lakukan kemaskini dengan Kies, ruang 1GB anda harus korbankan untuk kemaskini, dan itu bermakna, setelah selesai anda mendapat Jelly Bean, storan dalaman peranti anda akan menjadi 11GB sahaja.

Berikut adalah senarai kemaskini yang disediakan oleh sumber SamMobile:

Senarai perubahan sistem dari Ice Cream Sandwich kepada Jelly Bean

  • Menambahbaik skrin utama dan prestasi skrol (terima kasih kepada Project Butter)
  • Menambahbaik kebolehgunaan beberapa aplikasi

Aplikasi yang akan dilengkapi

  • Penambahan Help
  • Penambahan Google+
  • Penambahan +Talk
  • Penambahan Play Book
  • Penambahan Play Movie

Sambung baca seterusnya →

HTC One S Akhirnya Akan Menerima Kemaskini Android 4.1 Jelly Bean

HTC-One-S-Lineup

HTC ada memberitahu bahawa kemaskini Android 4.1 Jelly Bean akan tiba untuk peranti HTC One S dan model One yang lain, dan pada hari ini (akhirnya), versi kemaksini Android 4.1.1 telah datang untuk peranti HTC One S. Walaupun sebelum itu terdapat spekulasi memberitahu kemaskini Android tersebut sepatutnya datang pada bulan Oktober yang lepas.

Kemaskini tersebut adalah untuk peranti HTC One S versi antarabangsa, jadi mereka di Malaysia yang memiliki peranti ini akan mendapat tanda kemaskini pada telefon pintar mereka tidak lama lagi. Fail kemaskini tersebut adalah bersaiz 612MB, membawakan pelbagai pembaharuan, termasuklah widget yang boleh diubahsuai, carian suara yang diperbaiki, dan sokongan Google Now.

Anda boleh kemaskini peranti anda melalui OTA, ataupun sambungan ke PC anda. Tapi bagi mereka yang dah root HTC One S mereka, kemungkinan anda sudah lama menggunakan Jelly Bean dalam telefon pintar anda (andaian kami sahaja). Jikalau anda telah dapat kemaskini ini, sila kongsikan komen anda dalam ruangan dibawah.

Sambung baca seterusnya →