
Tiga cerita peranti yang berlainan namun ada satu kaitan, peranti Google iaitu Nexus. Sebuah gambar iventori di Carphone Warehouse Amerika Syarikat yang memaparkan kedatangan Google Nexus 7 dengan kapasiti 32 GB. Nampaknya jika ianya benar pengguna yang sedang merancang-rancang ingin membeli tablet Google ini mempunyai pilihan mendapatkannya dengan kapasiti memori dalaman 32GB pula selepas ini. Tidak habis terkejut dengan berita itu, iventori itu juga memaparkan tentang kehadiran Samsung Nexus 2 pula apabila ianya memaparkan tentang pelindung skrin Samsung Nexus 2. Memang dikatakan ada ura-ura kedengaran Google akan mengeluarkan pelbagai keluarga Nexus pada tahun ini dari pelbagai pengeluar. Tetapi adakah kandungan inventori ini adalah benar bukan tersalah taip dan sebagainya?. Jika ianya benar mungkin peranti berkenaan merupakan Galaxy Nexus 2. Ia nya belum dapat dipastikan lagi. Tambah-tambah lagi ada khabar angin juga memang dikatakan ada sebuah peranti Nexus yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Walauapapun kita nantikan kesahihan berita ini.
Terdapat satu lagi berita mengenai peranti Nexus. Dikatakan peranti Nexus yang dinanti-nantikan dengan spesifikasi hebat seterusnya ialah dari LG. Ianya dikatakan merupakan model Optimus G yang baru diumumkan beberapa minggu yang lalu dan seterusnya ianya akan di jenamakan semula sebagai LG Optimus G Nexus. Berita ini dipetik dari AndroidAndMe yang mendapat berita ini bersumberkan seseorang yang dikatakan pernah memberikan berita sahih sebelum ini. Dikatakan ianya akan datang dengan versi Android 4.2 yang mana belum diketahui ianya masih Jelly Bean ataupun versi Key Lime Pie. Versi ini akan memberikan sedikit peningkatan dari segi pengurusan kuasa, dengan Google Play Store yang baru dan juga persedian untuk versi Android 5.0. Dikatakan skrin Homenya memaparkan skrin versi tablet, bukan telefon Android. Satu lagi ciri yang akan diperkenalkan adalah kebolehan pengguna memilih untuk menggunakan tema asli stok Android ataupun menggunakan tema sentuhan dari pengeluar peranti berkenaan.
Walaupapapun berita-berita ini belum dapat disahihkan lagi kebenarannya. Untuk maklumat lanjut sila ikuti kami dari masa ke semasa.
Sumber : AndroidAndMe, Phandroid
































