All posts in Honeycomb 3.0

Firefox Untuk Android – Peningkatan

Mozilla telah mengumumkan ia akan membuat perubahan besar kepada pelayar internetnya bagi versi Android pada kemaskini yang berikutnya.Pelayar internet yang boleh dikatakan antara yang popular di kalangan pengguna komputer ini dikatakan berdepan dengan masalah sebaliknya jika berdepan dengan pengguna Android.Ini mungkin dapat diatasi kerana Mozilla mengumumkan akan menyokong Flash di dalam Mozilla Firefox Untuk Android yang akan datang di samping fungsi mesra pengguna bagi pengguna tablet yang dikuasakan dengan versi Android Honeycomb dan versi Ice Cream Sandwich yang akan datang. – Webmonkey -

Samsung Galaxy Tab 10.1, Dilancar Celcom Sabtu Ini.

Jika anda menunggu tablet terbaru Samsung Tab 10.1, ini ada berita baik.Laman rasmi Celcom memaparkan mereka akan melancarkan tablet tersebut dalam masa kurang 4 hari lagi (sewaktu berita ini di tulis).Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Samsung Tablet 10.1 ini dikatakan ditunggu-tunggu kerana ia merupakan model yang dipertingkatkan dari model yang sebelumnya yang hanya menggunakan skrin yang lebih kecil berbanding model terbaru yang menggunakan skrin 10 inci.Ia menggunakan pemproses yang lebih laju dengan kelajuan 1GHz dua teras daripada pemproses ARM Cortex-A9.Versi yang sudah dilancarkan sebelum ini di negara luar menggunakan antaramuka Honeycomb 3.0, sedikit ketinggalan dari model dari Lenovo K1 yang menggunakan Honeycomb 3.1,namun ianya tidak menjadi masalah kerana kebolehan Android yang boleh dikemaskini.Ditawarkan dengan warna hitam, dipercayai ianya akan menjadi antara tablet pilihan penggemar Android.

Motorola XOOM, Ke Maxis May Ini.

Maxis mengeluarkan kenyataan akhbar secara rasmi pada hari ini ( 28 May ), tentang tablet Android yang di tunggu-tunggu oleh peminat Android Di Malaysia iaitu Motorola XOOM.Klik ‘Baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Motorola XOOM ialah tablet Android pertama yang di pilih oleh Google/Android bagi membawakan kemaskini terbaru Android honeycomb 3.0 yang dikatakan dicipta khas untuk tablet.Sebelum ini Google telah memilih Nexus One dari HTC dan Nexus S dari Samsung dan kini tiba giliran Motorola pula di beri penghormatan membawakan kemaskini terbaru mereka.

Motorola XOOM yang ditawarkan oleh Maxis ini dikatakan versi WiFi dan ianya ditawarkan bersama-sama Motorola Defy dengan harga RM 2499 untuk kedua-dua gadget Android ini.Namun tawaran ini hanya bagi tempoh yang terhad bermula 6 Mei sehingga 22 Mei 2011.Tablet berkuasa 1GHz dwi teras ini dikatakan akan menyaingi I Pad dengan ciri-ciri yang lebih menarik antaranya sokongan Flash Player 10.2,kuasa RAM 1GB,pemprosesan berbilang yang sebenar ( multitask ) dan kamera hadapan 2 Megapiksel.Untuk informasi selanjutnya sila rujuk di cawangan Maxis berhampiran. 

- Kenyataan Akhbar Maxis - 

Maxis – Pra Pendaftaran Bagi XOOM Dan HTC Tablet Di Buka Sekarang!

Maxis telah mengumumkan pembukaan pra pendaftaran bagi tablet Android terbaru yang bakal di edarkan mereka kepada pengguna yang berminat di laman sesawang mereka.Dua tablet terbaru itu yang merupakan dari HTC iaitu HTC Flyer dan dari Motorola iaitu XOOM.Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Motorola XOOM yang digembar gemburkan merupakan penanda aras bagi tablet Android yang merupakan tablet pertama yang dikuasakan dengan OS Android 3.0 (Honeycomb) yang merupakan OS yang dicipta untuk tablet oleh Android.Tablet dari Motorola ini dikuasakan dengan pemproses Dwi teras berkuasa 1GHz dengan skrin bersaiz 10 inci dengan berat 730g.Manakala HTC Flyer merupakan tablet dari HTC dengan skrin yang lebih kecil iaitu skrin 7 inci dengan berat hanya 420g.Ia menggunakan pemproses berkuasa 1.5GHz.

Jika anda berminat dengan kedua-dua atau salah satu dari tablet yang akan ditawarkan Maxis tersebut, sila mendaftar di laman web Maxis

Selain daripada tablet diatas, Maxis juga sudah menawarkan tablet Ideos S7 dan Tablet dari Samsung iaitu Galaxy Tab.Maxis juga setakat ini telah menambah koleksi telefon Android terbaru di dalam barisan telefon Android yang ditawarkan mereka.Antaranya ialah Sony Ericsson Xperia Arc,HTC Desire S dan Nexus S.

Ideos S7

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site