All posts in Antivirus

Amaran! Ancaman Android.Counterclank

Symantec beberapa hari lepas telah mengumumkan apa yang dikatakan mereka bahawa serangan malware kepada telefon Android yang diberi nama Android.Counterclank yang dikatakan di sebarkan melalui aplikasi di Android market. Namun kategori ancaman itu disangkal oleh Lookout Mobile Security yang menjelaskan ancaman tersebut bukan malware atau virus tetapi ianya adalah rangkaian iklan agresif yang dicipta oleh pihak tertentu dan dikatakan ianya tidak terlalu merbahaya kepada pengguna Android. Dikatakan ancaman terbaru ini tidak mencuri data yang penting para pengguna sebaliknya dikatakan ianya mengambil data IMEI unik telefon anda. Berikut senarai apa yang dapat dilakukan oleh ancaman terbaru ini.

1. Mengambil data IMEI unik telefon anda.

2. Menghantar iklan melalui ‘Push Nofication’

3. Menempatkan ikon ‘Search’ mereka ke desktop/home Android anda.

4. Menempatkan ‘Bookmark’ mereka pada pelayar internet Android anda.

Pengguna Android di nasihati memeriksa ‘app permision’ yang ditunjukkan sewaktu proses pemasangan aplikasi terlebih dahulu dan anda berhak membatalkan proses tersebut jika anda mengesan sebarang permintaan yang mencurigakan atau yang anda rasakan tidak perlu bagi aplikasi berkenaan. Lookout Mobile Security dikatakan sedang mencari jalan menyelesaikan masalah ini. Sebarang pertanyaan sila kemukakan di ruangan komen.

Sumber – Lookout Mobile Security

 

Lookout Mobile Security – Ancaman ‘RuFraud’ Di Android Market.

Lookout, sebuah syarikat keselamatan peranti bimbit untuk telefon pintar melaporkan semakin banyak ancaman penipuan dilaporkan terutamanya untuk telefon Android.Mereka menggelarkan ancaman baru ini sebagai ‘RuFraud’.Para penipu dikatakan menggunakan taktik mengubahsuai aplikasi mahupun permainan popular di Android market sebagai sasaran menyebarkan aplikasi ‘RuFraud’ mereka.Untuk mengelakkan dikesan, sesetengah aplikasi pula tidak menggunakan aplikasi atau permainan popular, sebaliknya hanya menggunakan produk yang berkaitan dengan aplikasi/permainan tersebut seperti wallpaper, nada dering dan sebagainya.Malah dikatakan ‘RuFraud’ ini juga di ‘masukkan’ ke dalam aplikasi percuma sedia ada dari Android Market dan seterusnya aplikasi yang sudah diubahsuai itu di muat naik ke dalam laman perkongsian fail percuma dan alternatif kepada Android Market.

Sambung baca seterusnya →

Norton Perkenal ‘Norton Mobile Security’ Untuk Tablet.

Norton yang terkenal dengan antivirus Norton semalam memperkenalkan ‘Norton Mobile Security’, satu pakej perlindungan untuk tablet android.Norton dari Symantec ini juga mengumumkan kemaskini terbaru bagi ‘Norton Mobile Security’.

Ciri-ciri terbaru di dalam pakej perlindungan Norton ini antaranya ialah kebolehan mengesan tablet yang hilang atau dicuri dengan cepat yang dinamakan ‘Scream’.

Selain daripada itu ciri-ciri perlindungan lain adalah:

  • Anti kecurian (Web) – Pengguna dapat mengawal tablet yang dicuri melalui laman sesawang dimana pengguna boleh menangkap gambar secara jarak jauh melalui kamera hadapan tablet yang dicuri,mengunci peralatan tersebut bagi mengelakkan kecurian data,menghantar mesej pada ‘lockscreen’ serta mengunci alat tersebut serta dapat mengesan di peta dalam talian.
  • Anti Malware – Mengesan sebarang muat turun dan kemaskini yang dimuat turun dari internet daripada ancaman malware samada dalam telefon atau kad memori.
  • Perlindungan Web – Melindungi pengguna dari laman sesawang atau sebarang ancaman virus dan sebagainya.
  • Anti kecurian (SMS) – Pengguna juga dapat mengunci,mengesan dan memadam data hanya dengan menghantar arahan melalui SMS.Pengguna dapat menentukan beberapa nombor yang dapat menghantar ke alat tersebut untuk tindakan ini.( Teknologi SCREAM ).
  • Ciri Pravisi – Pengguna dapat menentukan data peribadi mereka tidak diperolehi oleh laman sesawang secara mudah dan dapat mengawal komunikasi.Ianya juga dapat mengawal penerimaan komunikasi samada telefon atau mesej dari nombor-nombor tertentu.