All posts in Aplikasi

Instagram, Sekarang Di Google Play!


Penantian bagi aplikasi yang cukup popular pada iOS akhirnya berakhir apabila Instagram, aplikasi perkongsian gambar ini sudah berada di Google Play bermula semalam. Antara keistimewaan aplikasi ini ialah anda boleh berkongsi gambar yang anda rakam secara terus ke media sosial lain seperti Facebook, Twitter, Foursquare dan Tumblr. Flickr akan menyusul sedikit masa lagi. Selain daripada itu apa yang menarik ialah anda mendapat aplikasi ini dengan ciri-ciri penuh untuk mengubah gambar anda dengan ciri pilihan yang disediakan. Ia juga menyokong kamera hadapan dan belakang. Aplikasi ini adalah untuk Android 2.2 ke atas dengan sokongan OpenGL ES 2. Anda boleh dapatkannya aplikasi ini di Google Play

Anda Mahukan Percuma 50GB Box.net Tanpa Perlu Root Telefon/Tablet Anda? Ada Caranya

Sebelum ini kami pernah berkongsi tutorial bagaimana untuk mendapatkan storan 50GB percuma dari Box.net yang memerlukan anda untuk root telefon/tablet Android anda dahulu untuk mendapatkannya, namun begitu untuk harini anda boleh lupakan cara itu semua, kerana terdapat cara yang lebih mudah lagi.

Caranya adalah, pergi ke Android Market, masukkan aplikasi ini ke peranti anda, masukkan butiran Box.net dan selesai, anda boleh lihat sendiri storan percuma 50GB anda terima dalam akaun Box.net anda sendiri, ianya sungguh mudah!

Promosi ini aktif hingga 31 Disember 2011 sahaja, jadi baik anda cepat lakukannya sekarang. Selamat mencuba!

Sumber: AndroidGuys

Dropbox Versi 1.3.0.6 Sedia Untuk Dicuba

Sumber: Hung-Su (Flickr)

Jikalau anda seperti kami, meminati aplikasi Dropbox, anda boleh mencuba versi baru mereka iaitu versi 1.3.0.6 yang memberikan banyak fungsi baru dan perubahan dalam antaramuka aplikasinya. Ketika ini, ia masih lagi dalam peringkat percubaan, dan mereka telah keluarkan versi baru ini khas dalam forum mereka. Muat turun ada kami sediakan di akhir blogpost.

  • support for foreign languages
  • quick offline access to files (“favorites”)
  • the ability to bulk upload photos and videos
  • the option to rename files and folders
  • single-tap access to all file and folder actions
  • an improved gallery
  • uploading from and exporting to local storage
  • the obligatory bug fixes

Kemaskini yang terbaru ini masih lagi belum masuk ke Android Market, anda boleh ikuti perbincangan mereka mengenai kemaskini yang terbaru tersebut disini.

Muat Turun: Dropbox 1.3.0.6

Aplikasi Facebook Untuk Android Kini Lebih Popular Berbanding Facebook Untuk IOS

Sistem pengoperasian mudahalih (mobile OS) Android nampaknya terus menjadi OS paling popular pada tahun 2011. Kejayaan itu dibuktikan dengan satu lagi rekod baru, dimana aplikasi rangkaian sosial popular – Facebook untuk Android – kini mencatat jumlah pengguna aktif harian (Daily Active User – DAU) lebih tinggi berbanding dengan DAU aplikasi yang sama untuk sistem pengoperasian IOS.

Baru-baru ini, Nielsen mengumukan Facebook sebagai aplikasi paling popular dikalangan pengguna Android, malah lebih popular berbanding dengan aplikasi Google sendiri seperti Gmail, Google Maps, dan Google Search.

Menurut data yang dikeluarkan oleh www.appdata.com Facebook untuk Android mencatat pengguna aktif harian sekitar 58.8 juta, berbanding dengan pengguna aktif harian Facebook untuk IOS 57.6 juta.  Walaubagaimanapun, jumlah pengguna aktif bulanan (Monthly Active User – MAU) menunjukkan IOS masih mendahului dengan 99.5 juta berbanding Android 86.1 juta namun dijangkakan Android akan mengatasi dari segi MAU juga dalam beberapa bulan lagi.

Peningkatan ketara pengguna dikatakan adalah hasil dari penambahbaikan kualiti dan fungsi aplikasi yang baru diumumkan oleh Facebook terhadap sistem pengoperasian Android baru-baru ini. Sebelum ini, ramai pengguna merungut kerana aplikasi Facebook untuk Android sering kali ketinggalan dari segi fungsi dan kualiti berbanding aplikasi yang sama untuk pengoperasian IOS. Akibatnya, ramai pengguna memilih untuk menggunakan aplikasi alternatif seperti FriendCaster, atau terus melalui laman web versi mudah alih tanpa membuka aplikasi.

Continue reading →

Muat Turun Aplikasi Google Wallet Ke Telefon Galaxy Nexus Anda (APK)

Jikalau anda kini seorang pemilik LTE Google Nexus yang baru (tahniah), anda mungkin terkilan kerana aplikasi Google Wallet disekat dari dimuat-turun ke dalam telefon anda, namun kini ada berita baik dari forum XDA, kerana kini anda boleh muat turun fail APK Google Wallet tersebut dan masukkan ke telefon anda, tak perlu lakukan root dahulu.

Dan setiap kali anda masukkan Google Wallet tersebut, anda akan menerima percuma kredit sebanyak $10.00 dalam peranti telefon anda, tak pasti samada rakyat Malaysia boleh menerima kredit percuma tersebut dengan kaedah sama.

Jadi cepat muat turun fail APK tersebut dan masukkannya dalam telefon anda sekarang. Hanya untuk pemilik LTE Google Nexus sahaja, telefon lain kami tidak berapa pasti lagi, tapi tak salah kalau nak mencuba.

Sumber: Forum XDA dan Android Police

Pelancar TSF Shell Pro Yang Hebat Akan Muncul

Pembangun C3D memperlihatkan aplikasi pelancar mereka yang kami rasakan sangat menarik sekali persembahan videonya, yang diberi nama TSF Shell Pro 3D. Sukar untuk kami jelaskan betapa hebatnya pelancar ini yang tidak pernah kami lihat fungsinya yang sebegitu rupa, namun video dibawah ini akan menunjukkan segala kemampuan pelancar ini boleh lakukan. Kagumilah!

Walaupun pelancar ini mempunyai pelbagai fungsi yang sangat hebat, namun kami rasakan pembangun patut mencantikkan lagi antara mukanya, dan ikon-ikon yang digunakan patut ditukarkan agar nampak tak terlalu seperti ‘Android di masa awal’ dahulukala. Bukan meniru Apple, cuma perlu digilapkannya lagi, lain-lain kami rasakan inilah pelancar yang ingin kami gunakan dalam telefon kami dan tablet, pasti ia nampak hebat dipandang oleh pengguna Android lain.

Pada ketika ini, pelancar ini masih lagi aktif dalam peringkat pembangunan, dan tiada lagi tarikh diberikan ianya akan dilancarkan, namun kami di MalayAndroid akan menjadi pihak yang pertama memberitahu anda bila ianya telah keluar nanti. Untuk sebarang info lanjut, lawati laman web mereka: TSF UI.

Sumber: Android Police

Ingin Memadam Semua Data Facebook Anda? Gunakan Exfoliate

Samada anda ingin memulakan hidup baru, anda ingin menjadi seorang yang lebih baik hari ini. Bagaimana pula jika anda berpindah ke tempat kerja baru, sudah tentu anda mahu imej yang baru. Anda mesti akan terfikir bagaimana begitu banyak yang telah anda luahkan di Facebook samada dalam bentuk kemaskini status, foto, komen-komen, dan sebagainya. Bagaimana untuk memadam semua kandungan tersebut dengan mudah? Sangat mustahil untuk memadam satu persatu status dan komen anda sejak bertahun-tahun dahulu.

Satu aplikasi yang diberi nama Exfoliate mungkin jawapannya. Aplikasi yang dibangunkan oleh Michael Devine ini memudahkan anda untuk memadam kandungan akaun Facebook anda dengan hanya beberapa langkah mudah.

Continue reading →

Google Melancarkan Pusat Latihan Bagi Pembangun Aplikasi Android

Sumber Imej: reo.matsumura (Flickr)

Laman web Android Developers sentiasa menjadi portal untuk mendapat sebarang pengetahuan dalam membangunkan aplikasi Android. Disitulah tempat anda memuat turun SDK, membaca pengumuman tentang pembangunan dan menerbitkan aplikasi anda sendiri. Bermula hari ini, laman web Android juga akan menyediakan tempat latihan untuk para pembangun aplikasi mereka.

Reto Meier, Ketua Perhubungan Teknologi Pembangun Android mengumumkan, Android Training akan menjadi pusat koleksi latihan dalam talian percuma yang bertujuan membantu pembangun dengan pelbagai pertanyaan dan penyelesaian dalam membangunkan aplikasi untuk Android. Latihan mereka sediakan meliputi rekaan antaramuka untuk skrin, mendapatkan pendapatan dari aplikasi anda, dan pelbagai lagi topik-topik yang disediakan.

Reto Meier berkata yang mereka ingin memberikan tunjuk ajar yang betul kepada para pembangun, dan mengharap agar pembangun (terutamanya yang masih baru) dapat melihat ini sebagai pusat pendidikan mereka dalam mula membelajari pembangunan sesebuah aplikasi. Untuk melihat pelbagai latihan yang telah pasukan Android sediakan, pergi ke bahagian Android Training sekarang untuk info yang lebih lanjut lagi.

Sumber: Android Developers Blog

Dapatkan Google Schemer Dalam Telefon Anda (APK)

Google telah melancarkan servis baru mereka yang dinamakan Schemer, dan pada hari ini Android menerima kedatangan ahli baru dalam Market mereka kerana Schemer kini sudah mempunyai aplikasinya sendiri.

Schemer adalah sebuah servis yang membolehkan anda menulis cadangan perkara yang ingin anda lakukan, seperti melancong ke luar negeri, pergi ke pusat membeli-belah, memberitahu yang anda berkongsi Google Schemer anda dengan rakan, dan pelbagai lagi, Schemer ingin membuatkan impian/perkara anda lakukan menjadi seronok dengan rakan-rakan Schemer anda dalam talian.

Continue reading →

Promo 10 Billion Android Market Hari Ke #10 – Hari Terakhir

Promo 10 Billion aplikasi Android kembali lagi, dan hari ini kita telah masuk hari yang ke-10, hari terakhir promosi, dan berikut adalah senarai aplikasi tersebut:

Sentinel 3: Homeworld
Apparatus
Camera Zoom FX
Star Chart
Color & Draw for kids phone
Shine Runner
Puffle Launch
Talking Ben The Dog
Heavy Gunner 3D
TileStorm HD
HyperJump
Majesty: Fantasy Kingdom Sim

Setelah 10 hari ianya berlangsung, akhirnya kita telah sampai jua ke hari terakhir promosi, sudah berapa banyak aplikasi dan permainan anda beli sepanjang ianya berjalan? Kami di MalayAndroid sudah banyak membeli sepanjang kempen ini berlangsung, dan kepada pengguna Android diluar sana, jikalau terdapat sebarang aplikasi atau permainan anda terlepas hari-hari sebelum ini, jangan lepaskan peluang untuk promosi terakhir ini, hanya RM0.32 sahaja.

Selamat membeli!

Link: 10 Billion Downloads!

http://www.reddit.com/r/Android/comments/ndmp6/15_dec_010_apps/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site