All posts in ARM Cortex A9

Samsung Perkenal Pemproses Empat Teras Exynos, Sahkan Ianya Pemproses SGS3.

Samsung hari ini memperkenalkan pemproses terbaru mereka Exynos 4 Quad yang merupakan versi empat teras yang dipertingkatkan dari versi sebelum ini iaitu Exynos dengan dua teras. Setiap teras dengan kelajuan sehingga 1.4GHz dan masih menggunakan seni bina pemprose sebelum ini iaitu ARM Cortex-A9. Antara ciri yang menarik mengenai pemproses dengan teknologi pemprosesan 32nm ini ialah ianya menggunakan  teknologi High-K Gate ( HKMG ), pengurusan voltan dynamic dan pengurusan penggunaan kuasa yang lebih efisien. Samsung merumuskan pemproses terbaru mereka ini adalah dua kali lebih laju dari pemproses dua teras tetapi sebaliknya penggunaan kuasa adalah 20% lebih rendah. Anda boleh mendapatkan maklumat penuh tentang pemproses ini di sini dan sini.

Apa yang menarik dengan pelancaran pemproses terbaru mereka ini, mereka juga mengesahkan pemproses ini juga yang akan digunakan pada model Samsung Galaxy S3 yang akan diumumkan 3 May ini. Nampaknya lagi satu informasi tentang Galaxy baru itu bocor lagi.

Sumber : Samsung Electronics Official Global Blog

 

Celcom Membawakan LG Optimus 2x

Celcom di laman rasminya telah memaparkan iklan yang menunjukkan mereka akan membawa telefon Android dengan dua teras yang mungkin menjadi yang pertama di Malaysia kelak iaitu LG Optimus 2x.Jika ini berlaku Celcom akan melonjakkan carta Android di Malaysia dengan tawaran telefon tersebut.

Telefon Android dengan skrin bersaiz 4 inci ini dilengkapi dengan pemproses 2 teras ARM Cortex A9 terbaru dari Nvidia berkelajuan 1GHz dan pemproses grafik 8 teras berkuasa dengan kebolehan paparan dual skrin dengan sambungan menggunakan kabel HDMI ke TV LCD anda.

- Celcom -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site