ASUS Malaysia mengumumkan aksesori-aksesori untuk produk mereka yang baru saja memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini. Aksesori-aksesori berkenaan adalah untuk barisan produk mereka termasuk beberapa produk tablet Android mereka seperti nexus 7 dan tidak lupa juga MeMO Pad. Mereka juga turut mengumumkan senarai harga aksesori berkenaan bersama pengumuman tersebut. Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh lihat senarai aksesori-aksesori berkenaan di bawah dan anda boleh dapatkannya di pengedar produk ASUS yang sah.
Nexus 7 Travel Cover
- Pelindung yang lembut dan bersesuaian namun cukup kuat untuk tablet anda.
- Tekstur matte tidak mudah gelincir untuk menawarkan genggaman yang kuat dan perlindungan daripada hentakan dan geseran.
- Pelindung nipis yang memudahkan anda memasukkan Nexus anda ke dalam beg.
- Ditawarkan dengan 6 pilihan warna
Harga Runcit Disyorkan = RM 129
Sesuai untuk Nexus 7/7C
Maklumat lanjut : www.asus.com/Tablet_Mobile_Accessories/Nexus_7_Travel_Cover/



































