ASUSTeK Computer Inc, pengeluar peralatan elektronik atau komputer berjenama ASUS secara rasmi melancarkan tablet Android dengan pemproses empat teras ( Quad Core ) pertama didunia hari ini.Tablet yang dikuasakan dengan pemproses terbaru dari NVIDIA itu iaitu TEGRA 3 itu dikatakan merupakan peralatan yang paling ‘berkuasa’ buat masa ini di dalam kategori yang dikuasakan oleh Android.Model ini adalah susulan model tablet Android Eee Pad pertama mereka iaitu ‘Transformer’.
Tablet ini yang mempunyai skrin besar bersaiz 10.1 inci boleh digunakan begitu sahaja mahupun menggunakan aksesori tambahan ‘docking unit’ yang dapat menampakkan tablet anda seperti netbook atau komputer riba.Kamera hadapan pula dilengkapi dengan kebolehan mengambil gambar dengan resolusi 1.2 Megapiksel manakala kamera belakang sehingga 8 Megapiksel.Ianya juga dapat mengambil gambar dengan kualiti HD sehingga 1080p dan dilengkapi dengan lampu denyar LED.Dengan pilihan dua warna iaitu ‘Amethyst Gray’ dan ‘Champagne Gold’,kedua-duanya kelihatan menarik dan moden.
Skrin tablet ini menggunakan skrin daripada Corning yang terkenal dengan ketahanan skrinnya iaitu ‘Gorilla glass’ dan di perkemaskan lagi dengan teknologi Super IPS+ LCD dengan sudut kebolehlihatan sehingga 178 darjah serta kecerahan yang lebih dari pesaingnya.Ianya juga dikatakan tiada masalah untuk dilihat diwaktu cahaya terang suasana luar.
ASUS juga menggunakan teknologi yang dikenali sebagai ‘SonicMaster’ mereka dengan membekalkan tablet ini dengan pembesar yang 6 peratus lebih besar,suara yang jelas nyata,bunyi yang meluas serta tulen serta peningkatan kualiti suara bagi setiap bunyi yang dihasilkan produk ini.
Seperti yang diketahui, tablet ini dikuasakan dengan pemproses empat teras dimana apabila kesemua teras bekerja,setiap satunya akan bekerja dengan kelajuan 1.3GHz, manakala jika satu teras sahaja yang diperlukan ianya bekerja dengan kelajuan 1.4GHz.Teknologi bijak ini diperkenalkan oleh NVIDIA di dalam pemproses terbaru mereka, TEGRA 3 ( sebelum ini dikenali sebagai Kal-el ) yang diguna pakai didalam tablet ini yang di kenali sebagai teknologi vSMP ( Variable Symmetric Multiprocessing ).Walaupun pemproses ini dikenali sebagai pemproses dengan empat teras, sebenarnya ianya mempunyai lima teras dimana satu lagi teras di kenali sebagai ‘Companion Core’ yang aktif ketika tablet anda melakukan ‘tugas di sebalik tabir’ atau tugas ketika tablet anda berkeadaan siap sedia serta ketika anda memainkan muzik atau video.Pemproses kelima ini hanya mempunyai kelajuan yang rendah daripada ke empat-empat teras yang lain dan ianya sesuai bagi proses siap sedia.
Sumber : vSMP Nvidia slashgear
