All posts in Baru Dilancarkan!

ALCATEL One Touch Bekerjasama Dengan Ironman 3, Dilancar Untuk Pasaran Malaysia Semalam.

Alcatel_001

Empat dari kiri – Mr KL Kong, Business Development Manager di TCT Mobile Malaysia Sdn Bhd, Mr Frederic Fleurance, Market Director di ALCATEL One Touch Go To, Mr Alan Bong, Executive Director di Ten Ten Telecommunications Sdn Bhd sewaktu sidang media pelancaran.

Anda telah menonton Ironman 3?. Jika anda perasan telefon yang digunakan dalam filem itu adalah telefon Android dari Alcatel iaitu model One Touch Idol ultra. Alcatel menyambut ulangtahun ke-20 mereka pada tahun ini dan semalam mereka baru sahaja melancarkan telefon dari keluarga One Touch mereka itu di Petaling Jaya.

Selama 20 tahun yang lalu ALCATEL telah membawa inovasi dan kualiti dalam teknologi mudah alih di seluruh dunia dengan memberi tumpuan kepada alat-alat yang ringkas dan mudah digunakan bagi membolehkan pengguna untuk melakukan pelbagai perkara. ALCATEL ONE TOUCH merupakan telefon yang direka untuk gaya hidup sebenar disamping dengan teknologi yang mereka perlukan. Ini dikatakan menepati misi syarikat Alcatel untuk 2013 iaitu “It’s all about you!”.

Tahun ini dikatakan merupakan tahun yang sibuk bagi Alcatel apabila mereka telah pun memperkenalkan 13 model baru telefon mereka di CES dan WMC manakala ketika ini mereka sedang melancarkan telefon mereka ini untuk pasaran dunia pula dan juga talian kerjasama dengan Marvel bagi menjadi rakan ekslusif telefon pintar bagi filem Ironman 3 yang sudah mula ditayangkan ketika ini.

One Touch Idol adalah telefon yang digunakan di dalam filem tersebut. Menurut Frederic Fleurance, pengarah ALCATEL ONE TOUCH Global Go To Market,”Menjadi sebahagian daripada fenomena Ironman 3 adalah keseronokan besar bagi kami semua di ALCATEL ONE TOUCH. Kami adalah peminat besar mereka (Ironman/Marvel) dan amat berbesar hati untuk terlibat. ONE TOUCH Idol adalah salah satu daripada telefon bimbit yang paling bergaya dan kini bintang filem yang tulen. ”

Sambung baca seterusnya →

HTC One Dilancarkan Bagi Pasaran Malaysia. RM2299 Untuk Versi 32GB Dan RM2499 Untuk Versi 64GB.

L2R - Yoon Kam Fei, KH Lim, Melvin Tham, Zalman Aefendy, Praveen Rajan, Goh Thih Liang, SK Wong, Jack Tan
HTC Malaysia semalam melancarkan telefon utama terbaru mereka iaitu HTC One untuk pasaran Malaysia. Didatangkan dengan beberapa ciri-ciri menarik antaranya HTC Blinkfeed, HTC Zoe dan juga HTC BoomSound, ianya dijangkakan bakal menarik minat pengguna telefon pintar Malaysia dan mampu bersaing dengan jenama lain seperti Samsung.

HTC BoomSound menawarkan bunyi berkualiti stereo dengan penguat bunyinya sendiri disamping turut dengan integrasi Beats Audio yang memberikan anda pengalaman yang lebih mengasyikkan sewaktu anda mendengar muzik, menonton video mahupun menonton YouTube.

HTC Sense TV pula adalah satu aplikasi yang disediakan oleh HTC bagi mengguna pakai pemancar infrared yang disediakan untuk menjadikan telefon ini kepada alat kawalan jauh. Malah anda boleh mengawal dekoder Astro anda dengannya.

Rekaan badannya adalah jenis aluminium unibody yang menjanjikan tiada ruang cantuman yang menjamin kualiti binaan yang kemas. Telefon ini mempunyai skrin HD penuh (1080p), dilengkapi dengan sistem pemprosesan terbaru Android Jelly Bean dan juga siap sedia untuk digunakan pada rangkaian LTE.
Sambung baca seterusnya →

ASUS Perkenal Fonepad, Tablet 7 Inci Berciri Telefon Berharga RM849.

DSC_8387
ASUS Selasa lepas mengumumkan produk terbaru dari mereka iaitu Fonepad di Kuala Lumpur untuk pasaran negara kita. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah wakil INTEL iaitu Encik Prakash Mallya. Fonepad merupakan tablet yang mempunyai ciri penuh sebuah telefon dimana anda boleh membuat panggilan dan SMS dengannya.

Mempunyai saiz yang sama dengan Nexus 7, tablet ini merupakan tablet Android pertama ASUS yang menggunakan pemproses dari INTEL iaitu Atom Z2420. Menurut wakil INTEL iaitu Prakash Mallya (Pengarah INTEL Malaysia & Singapura), pemproses mereka menggunakan teknologi pemprosesan 32nm. Walaupun dengan kelajuan 1.2Ghz dua teras, beliau menegaskan ianya menjanjikan penjimatan bateri, lebih prestasi dan fleksibiliti untuk dimuatkan pada kebanyakan peranti dan memenuhi permintaan pasaran. Pemproses Z2420 ini juga di sesuaikan dengan penggunaan pada platform Android.

Skrinnya bersaiz 7 inci jenis IPS menawarkan paparan HD dengan resolusi 1280×800. Pengesan sentuhan berbilang pula dapat mengesan sehingga 10 titik sentuhan dengan sudut pandangan skrin pula sehingga 178 darjah.
Sambung baca seterusnya →

Google Keep, Aplikasi Nota Dari Google Merentasi Semua Peranti Dalam Talian Anda Kini Di Play Store.

keep
Anda biasa menggunakan aplikasi penyimpanan nota pada peranti Android anda untuk menyimpan apa-apa nota?. Terdapat beberapa aplikasi penyimpanan nota seperti evernote, note everything dan lain-lain lagi di Play Store yang boleh anda muat turun. Kali ini Google turut serta di dalam kumpulan ini apabila menawarkan aplikasi ‘Google Keep’ yang boleh didapati di Play Store bermula semalam.

Google Keep merupakan aplikasi mengambil nota yang sangat ringkas untuk pengguna yang diberikan oleh Google menawarkan penyegerakkan bersama kepada semua peranti dalam talian anda. Ini bermakna nota anda boleh diakses oleh mana-mana peranti anda selagi ianya mempunyai sambungan internet.

Anda boleh menaip nota secara biasa, nota senarai, nota suara dan nota bergambar. Bagi nota suara, ianya merakam suara anda dan seterusnya secara automatik menaip ke dalam bentuk tulisan segala bunyi yang didengar. Sewaktu kami mencubanya, oleh kerana ianya tidak menyokong bahasa Malaysia adalah pelik hasil taipan yang terhasil. Anda boleh padam semula taipan tersebut namun rakaman suara yang disertai tetap boleh digunakan.
Sambung baca seterusnya →

XPERIA Z Dan XPERIA ZL Dilancarkan Berharga RM2199 Dan RM1899, Boleh Didapati Bermula 15 Mac.

Xperiazzl
Sony baru saja melancarkan telefon utama mereka iaitu XPERIA Z hari ini. Bersama pelancaran model itu turut dilancarkan adalah model XPERIA ZL yang memberikan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan XPERIA Z yang merupakan produk sampingan dengan harga yang lebih murah darinya.

XPERIA Z yang ditunggu-tunggu oleh peminat Android memberikan beberapa keistimewaan antaranya ianya kalis air dan debu. Skrinnya bersaiz 5 inci dijana oleh Mobile BRAVIA Engine 2 memberikan paparan yang lebih terang. Kameranya dilengkapi teknologi Exmor RS yang beresolusi maksimum 13 Megapiksel malah turut menawarkan rakaman video HDR. Selain daripada itu ianya menawarkan beberapa teknologi dari SONY yang lain seperti one touch mirrorring yang membolehkan paparan skrin telefon anda kepada TV SONY yang disokong.

Perbandingan dengan XPERIA ZL pula, kedua-duanya mempunyai NFC. Namun XPERA ZL adalah tidak kalis air seperti XPERIA Z. Kedudukan kamera hadapan pada XPERIA ZL juga agak pelik iaitu dibawah skrin hadapan. Ini dilakukan dikatakan berikutan untuk memberikan ianya saiz yang seminimum mungkin pada XPERIA ZL. Malah anda secara fizikalnya dapat membezakan kedua-dua telefon ini berdasarkan saiz keseluruhannya namun saiz skrinnya adalah sama (5 inci). Kedua-duanya menggunakan pemproses empat teras 1.5Ghz Qualcomm Snapdragon S4 Pro. RAM pula adalah 2GB dengan memori dalaman 16GB dengan kebolehan tambahan memori microSD untuk kedua-duanya.
Sambung baca seterusnya →