All posts in Berita Android

Asus Tunjukkan Video PadFone 3 Dalam 1 Mereka.

Asus telah mengumumkan PadFone, iaitu peranti Android 3 dalam 1 mereka pada WMC 2012 di Barcelona yang lepas dan telah memenangi inovasi terbaik pada CES. Baru-baru ini mereka telah menunjukkan rekaan berinovasi itu dalam bentuk video pula di laman YouTube mereka.

Peranti itu dipanggil 3 dalam 1 kerana pengguna selain dapat menggunakan telefon Android biasa yang mempunyai skrin Super AMOLED anti calar bersaiz 4.3 inci, ianya juga boleh menjadi tablet apabila unit utama ( telefon ) itu dimasukkan ke slot yang disediakan pada unit tablet. Selain itu jika anda sambungkan pula pada dock Asus yang mempunyai papan kekunci unit tersebut akan bertukar ke seakan-akan Notebook.Peranti ini dikuasakan oleh pemproses dua teras Snapdragon S4 dengan kelajuan 1.5 GHz dengan Android 4.0 (ICS). Antara ciri menarik selain 3 dalam 1 ialah, pen stylus yang ditunjukkan didalam video ini menunjukkan iannya juga merupakan set bebas tangan BlueTooth dan boleh digunakan apabila ada panggilan masuk. Menarik bukan?. Walaubagaimanapun menurut Asus ianya akan dilancarkan di Itali pada hujung bulan ini, di Malaysia tidak diketahui lagi. Jika anda berminat, harap bersabar ya!.


Sumber : PocketDroid

Samsung NO.1 Di Malaysia, SGS III Akan Berada Di Pasaran Awal Jun Ini.

Lee Jui Siang, pengarah bahagian mudah alih serantau bagi Samsung Electronic bagi Asia, Oceania dan Taiwan mengesahkan telefon terbaru Samsung iaitu Samsung Galaxy S III akan berada di pasaran Malaysia pada awal Jun depan. Beliau berkata demikian sewaktu di acara Samsung di London semalam. Turut ditambah, beliau menyatakan Samsung merupakan pengeluar nombor satu di Malaysia ketika ini sejak suku ketiga tahun lepas mengalahkan Nokia yang setelah sekian lama memegang takhta itu. Malah Samsung juga berjaya mengalahkan Apple sebagai pengeluar telefon pintar nombor satu dunia. Menurut beliau, kejayaan Samsung dikatakan adalah hasil teknik pemasaran yang berkesan dan juga hasil dari produk yang berjaya mengambil hati pengguna seperti Samsung Galaxy SII yang sebelum ini berjaya dijual sebanyak 20 Juta unit dalam masa 10 bulan.

 

Sumber : Bernama

YES Perkenalkan Telefon Android 4G.

YES, pembekal rangkaian 4G di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar 4G pertama mereka iaitu Eclipse. Telefon ini dikuasakan oleh Android dengan versi 2.2 ( froyo ) didatangkan bersama dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang kami pasti anda belum pernah melihatnya pada mana-mana telefon Android lain sebelum ini.

Telefon Android ini menggunakan pemproses Snapdragon dengan kelajuan 1GHz dengan memori RAM hanya 512MB dan ROM 2 GB. Sedikit ketinggalan jika kita perhatikan dari segi spesifikasi kelajuan pemproses dan memori disini namun bagi memori tambahan ianya dapat menampung sehingga 32GB. Skrinnya pula dengan saiz 4.1″ WVGA dengan kebolehan memaparkan warna sehingga 262K . Kamera  utama mempunyai resolusi sehingga 5 megapiksel dan kamera pendua hadapan pula hanya 0.3 megapiksel. Bateri pula dengan kapasiti 1500Mah. Telefon ini menyokong jalur WiMAX IEEE 802.16 dan GSM (850/900/1800/1900MHz) disamping penyediaan kebolehsambungan lain seperti BlueTooth dan GPS. Apa yang menarik ialah dikatakan kelajuan Internetnya dapat mencecah sehingga 20MBps dan ini merupakan sesuatu yang baru bagi Malaysia untuk sebuah telefon. Selain daripada itu ianya juga dapat melakukan panggilan video maksimum kepada 4 orang secara serentak dan juga panggilan suara pula kepada 6 orang secara serentak.

Continue reading →

Colorant Sahkan Saiz Skrin Samsung Galaxy S III

Colorant merupakan pembuat pelindung skrin bagi telefon bimbit di Korea Selatan dikatakan memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu USG ( Ultimate Screen Guard) yang dibuat untuk Samsung Galaxy SIII. Menurut teori dari laman sesawang Pocket Droid dan turut disetujui oleh kami ialah dimana labelnya menunjukkan ianya dibuat di Jepun tetapi peringkat akhir pembuatannya dipaparkan menunjukkan proses akhirnya di Korea Selatan. Mungkin pengeluar ini terpaksa membuat peringkat akhir di Korea Selatan kerana bagi menguji produk berkenaan pada rupa sebenar telefon berkenaan yang akan diumumkan esok.

Selepas membandingkan pelindung skrin berkenaan pada Samsung Galaxy S II, HTC One X dan Samsung Galaxy Nexus, memang dapat dipastikan skrin telefon Android terbaru Samsung ini mempunyai saiz skrin yang lebih besar yang dikatakan kesimpulan yang didapat selepas perbandingan dengan skrin SGSII yang bersaiz 4.65″ , SGSIII tersebut dipastikan mempunyai skrin sekurang-kurangnya bersaiz 4.8″. Untuk itu saja informasi yang dapat kami berikan kepada anda, walau apa pun kita tunggu sahaja pengumuman dari Samsung esok pada pukul 8 malam waktu London ( Lebih kurang 4 pagi 4 Mei waktu Malaysia ).

Dipasangkan pada Galaxy Nexus

Dipasang pada Galaxy S2

 

Sumber : PocketDroid

HTC Bekerjasama Dengan Facebook Hasil Telefon Khas.

HTC dikatakan akan bekerjasama dengan Facebook bagi menghasilkan model telefon yang telah dioptimumkan bagi penggunaan media sosial itu. Ura-ura mengatakan HTC mengambil langkah ini setelah tidak berjaya mendapatkan kontrak menghasilkan telefon Android Google seterusnya iaitu generasi ke empat telefon berkenaan. Dikatakan telefon yang dioptimumkan bagi penggunaan Facebook ini akan dilancarkan seawal suku ketiga tahun ini. Telefon yang bakal dibangunkan oleh HTC ini kelak akan mempunyai platform khas ekslusif Facebook bagi membolehkan ianya mengintegrasikan keupayaan penuh fungsi media sosial yang popular itu. Sebelum ini HTC telah menghasilkan dua model telefon berintegrasi Facebook iaitu model HTC Salsa dan Chacha.

 

Sumber : DigiTimes

Telefon Google Seterusnya Masih Dari Samsung?.

 

Terkejut dengan tajuk berita ini?.Ya benar, Google dikatakan telah memilih pengeluar siri telefon Android Google seterusnya dan dikatakan Samsung telah terpilih sebagai pemenang kontrak tersebut. Samsung Electronics dikatakan terpilih berikutan kejayaannya menjadi pengeluar nombor satu peralatan Android ketika ini dan ini sangat membanggakan Google sehingga ia memilih Samsung semula untuk telefon Google generasi ke 4 yang dikatakan akan di perkenalkan penghujung tahun ini. Alasan lain ialah dikatakan Samsung berkeupayaan mengawal bekalan komponen utama di dalam penghasilan peranti mereka.

Nampaknya hanya satu telefon Android Google adalah dari HTC iaitu generasi pertama iaitu HTC Nexus One manakala bagi generasi kedua dan ketiga adalah dari Samsung iaitu Nexus S dan Galaxy Nexus.

Sumber : DigiTimes

SONY Smartwatch Di Malaysia.

Artikel ini hanya sebagai pengumuman. Untuk pengetahuan pembaca, SONY Smartwatch iaitu jam tangan Android dari SONY yang pernah kami umumkan sebelum ini untuk pasaran Amerika telah boleh didapati untuk pasaran Malaysia dan juga global menurut laman blog Sony Mobile. Groupon Malaysia mengambil peluang ini menawarkan ianya dengan harga RM399 dalam waktu yang terhad. Jam tangan yang dibeli dalam talian tersebut akan dihantar kepada pengguna bermula 7 Mei ini. Walaubagaimanapun sebenarnya anda juga boleh dapatkan jam tangan ini melalui perkhidmatan jualan atas talian lain seperti dari kedai atas talian didalam lelong.com.my dan juga mudah.my yang kami dapati hasil dari carian kami iannya ditawarkan dengan harga yang  lebih murah. Namun anda dinasihatkan berhati-hati apabila membeli melalui atas talian ini kerana takut pula lain yang dipesan, lesung batu pula yang diterima seperti yang berlaku pada seseorang yang memesan Samsung Galaxy S yang dilaporkan oleh akhbar suatu masa dulu :)

 

Video ‘Teaser’ Samsung Galaxy S3 Dipertontonkan


Pengiraan tamat bagi laman yang disediakan Samsung sebelum ini dan Samsung menunjukkan video ‘teaser’ terbaru mengenai Samsung Galaxy S3 itu di laman Youtubenya. Namun tiada apa-apa informasi yang boleh diambil melalui video tersebut kerana ianya tidak sama sekali menonjolkan telefon berkenaan hanya gambaran teknologi dan kata-kata slogan ditonjolkan.

Huraian dari video berkenaan memperkatakan bahawa gajet terbaru mereka itu merupakan satu teknologi di tapak tangan yang akan menerap ke dalam kehidupan kita dimana anda dapat mendapatkan segalanya dengannya. Apa yang menarik video ini mempunyai maksud yang tersembunyi di akhir video yang memaparkan sekumpulan kambing yang dikatakan ditujukan kepada peminat Apple ( iSheep ).

Sumber : Engadget

Laman Khas Sempena Galaxy Baru Samsung Dilancar.

Samsung melancarkan sebuah laman sesawang khas untuk gajet terbaru siri Galaxy mereka yang diwar-warkan sebagai Samsung Galaxy S3. Dua hari lepas, Samsung memberikan sepatah anagram “tgeltaayehxnx” melalui laman Twitter mereka yang selepas diselesaikan memberikan maksud “The next galaxy”. Didapati juga mereka mendaftar sebuah domain tgeltaayehxnx.com yang jika dibuka link tersebut ianya memaparkan pengiraan secara menurun kepada sesuatu yang tidak dipastikan lagi apa yang sebenarnya yang akan disampaikan. Anda boleh turut sama-sama ke laman tersebut apabila tamat pengiraan tersebut yang akan tamat dalam masa lebih kurang 7 jam semasa artikel ini ditulis.  Samsung juga telah mengeluarkan beberapa klu antaranya seperti gambar dibawah yang menunjukkan tarikh jemputan pihak media untuk acara mereka yang turut terdapat bentuk Galaxy baru itu dibawah kain yang kami rasakan ianya jelas menunjukkan sebuah telefon bukannya tablet.

 

 

Sumber : Phandroid

MalayAndroid.com Edisi Google Currents Diaktifkan.

Kami mengorak selangkah lagi apabila kami MalayAndroid.com mengumumkan hari ini kami telah mengaktifkan versi Google Currents weblog kami. Ini membolehkan para pembaca mengikuti blog kami dimana-mana pada gajet anda dengan bantuan Google Currents. Para pembaca boleh mendapatkan edisi ini melalui link yang kami sertakan dibawah melalui pelayar internet gajet Android atau iOS anda. Sebelum itu anda dikehendaki memasang aplikasi Google Currents terlebih dahulu. Link yang digunakan dibawah adalah tempoh sementara sebelum pihak Google memasukkan weblog kami ke ruangan ‘search’ Google Currents sedikit masa lagi dimana selepas itu anda boleh cari kami pada ruangan ‘search’ Google Currents tanpa memerlukan link ini lagi. Jumpa kami di Google Currents! :) .

Klik Sini Untuk Akses Ke Edisi Google Currents MalayAndroid.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site