All posts in Dengar-Dengar

Dengar – Dengar : Google Akan Lancar Galaxy S4 Edisi Google Pada Google IO.

GalaxyS4-Press-06-900-75
Ada khabar angin terbaru yang kedengaran sempena acara tahunan Google IO yang akan diadakan pada 15 Mei ini. Menurut sumber dari Geek.com, Google dikatakan akan memperkenalkan Samsung Galaxy S4 edisi mereka, iaitu edisi Google Phone.

Ini satu berita yang menarik jika ianya menjadi kenyataan. Di dalam perkiraan kami, jika ianya benar bermakna anda akan dapat sebuah telefon dengan spesifikasi Galaxy S4 tetapi menggunakan antaramuka asli Android (Pure Google UI). Boleh kami anggap ianya adalah sebuah model Nexus baru. Apa yang membezakan telefon ini dari Nexus adalah segala perkakasan (Hardware) adalah dari Samsung, tidak ditentukan oleh Google seperti yang berlaku pada setiap peranti nexus.

Walau apapun berita ini dikategorikan sebagai khabar angin. Untuk maklumat lanjut mengenainya kita ikuti acara Google IO berkenaan yang berlangsung selama 3 hari bermula 15 Mei hingga 17 mei yang akan berlangsung di Moscone Center, San Francisco. Anda juga boleh menyaksikan acara ini secara langsung bermula jam 9:00 AM PDT (16:00 UTC)/ 12.00 AM, 16 Mei waktu Malaysia melalui pautan laman web di bawah.

Google IO

Pelbagai Berita Samsung, Warna Baru, Jadual Pelancaran Galaxy S4 Active, Galaxy S4 Mini Dan Galaxy S4 Zoom.

samsung
Samsung dikatakan bakal mengeluarkan pelbagai model baru siri Galaxy pada tahun ini. Selain Galaxy Mega yang telah pun diumumkan sebelum ini, dikatakan mereka akan turut mengumumkan dan melancarkan versi-versi variasi Galaxy S4 iaitu Galaxy S4 Mini, Galaxy S4 Activ dan yang terbaru adalah Galaxy S4 Zoom.

Seperti yang diketahui dijangkakan versi Galaxy S4 Mini adalah versi mini telefon utama terbaru Samsung itu. Manakala bagi Galaxy S4 Active yang merupakan versi kalis air dan habuk yang pernah kami war-warkan sebelum ini. Bagi Galaxy Zoom pula yang merupakan versi Galaxy S4 yang disasarkan menjurus kepada kamera digital pada sebuah telefon, ada kedengaran khabar angin yang ianya akan menggunakan kanta optik 16 Megapiksel yang sama yang terdapat pada Samsung Galaxy Camera namun ianya masih belum dapat dipastikan.

Satu lagi berita adalah kehadiran warna baru dalam produk mereka apabila kedengaran warna ‘Metallic Orange’ turut akan diperkenalkan untuk Samsung Galaxy S4 Activ yang kemungkinan besar akan turut boleh didapati untuk produk lain dari Samsung selepas itu.
Sambung baca seterusnya →

Dengar-Dengar : Galaxy S4 Yang Kalis Habuk Dan Air Akan Datang.

galaxys4
Samsung Galaxy S4 masih di tunggu-tunggu lagi kehadirannya di pasaran Malaysia. Sehingga saat ini belum ada lagi pengumuman rasmi pelancarannya bagi pasaran Malaysia. Namun kami ada terdengar ianya akan memasuki pasaran Malaysia 27 April ini. Namun oleh kerana tiada apa-apa jemputan rasmi ataupun berita rasmi dari rakan media yang lain mahupun pihak Samsung Malaysia sendiri sehingga kini, kami anggap ianya hanyalah khabar angin.

Sedang kita ternanti-nanti kehadiran telefon terbaru Samsung dari siri Galaxy berkenaan, semalam media antarabangsa kecoh mengatakan selepas ini akan terdapat telefon berkenaan dengan versi yang lebih hebat ataupun menarik. Menurut mereka telefon berkenaan akan hadir dengan kebolehan kalis kepada habuk ataupun debu dan juga kalis air. Mereka melaporkan bersumber dari wakil Samsung sendiri iaitu Young Soo Kim sewaktu sidang media pengumuman kehadiran telefon berkenaan bagi pasaran UAE di Dubai semalam.

Sumber : Techview.me

HTC First (Myst), Telefon Facebook Mula Terdedah?.

HTCFirst
Ura-ura pengenalan kepada telefon Facebook yang dikatakan akan menggunakan antaramuka Facebook Android ubahsuai yang diwar-warkan akan diumumkan esok mula didedahkan satu persatu informasinya apabila @evleaks memaparkan gambar yang dikatakan merupakan telefon berkenaan.

Telefon berkenaan yang dikatakan akan menggunakan jenama HTC dipaparkan mempunyai tiga butang kapasitif dengan salah satu butang kapasitif mempunyai simbol bulat iaitu yang di tengah sekali antara butang berkenaan yang seakan-akan I Phone ( Diharap HTC tak kena saman pasal simbol bulat ni! ). Telefon berkenaan dikenali sebagai HTC First yang sebelum ini dikatakan turut juga dikenali dengan nama kod Myst.

Sambung baca seterusnya →

Dengar-Dengar : Samsung Keluarkan Peranti Berskrin 5.9 Inci Pada Separuh Tahun Kedua, Galaxy Note 3 Kelak.

samsung-galaxy-note-2
Nampaknya saiz telefon akan menjadi besar dari masa ke semasa. Jika sebelum ini sewaktu melihat orang menggunakan tablet bersaiz 7 inci sebagai telefon untuk membuat panggilan tanpa alat bebas tangan suatu yang ganjil pada anda, percayakah anda suatu hari nanti ianya tidak menjadi suatu yang pelik lagi?. Kami percaya.

Sekarang semakin banyak pengeluar telefon berlumba-lumba mengeluarkan phablet bersaiz lebih besar berbanding poket anda. Malah jika anda seorang yang bersaiz kecil, poket anda tidak akan muat pun untuk dimasukkan dengan gajet-gajet tersebut. Sedia maklum sebelum ini di acara CES dan MWC 2013 beberapa pengeluar lain telah pun mengeluarkan model-model peranti dari kategori telefon mereka yang bersaiz besar dari kebiasaan. Antaranya adalah Huawei yang mengeluarkan phabletnya dengan saiz skrin 6.1 inci iaitu HUAWEI Ascend Mate. Malah tablet 7 inci dengan keupayaan penuh sebagai telefon juga semakin banyak. Yang terbaru adalah ASUS yang memperkenalkan Fonepad. Malah samsung turut menambah koleksi tablet dengan keupayaan penuh sebuah telefonnya dengan memperkenalkan Galaxy Note 8.0 baru-baru ini.
Sambung baca seterusnya →