All posts in DiGi

Dengar-Dengar : Galaxy Nexus Di Tawar Oleh DiGi Dan Celcom.


Mengikut berita dari sebuah blog yang boleh di percayai, telefon Android ‘Pure Google’ terbaru iaitu Galaxy Nexus dikatakan akan di tawarkan oleh dua pembekal rangkaian telekomunikasi Malaysia iaitu Celcom dan DiGi. DiGi seperti biasa akan turut serta menawarkan telefon Android terbaru pada rangkaian mereka dengan kombinasi pakej ‘Smart Plan’ mereka. Celcom juga dijangka turut menawarkan telefon ini dengan pakej ‘Celcom Exec’ mereka.

Sebelum ini, DiGi telah memberikan bayangan dengan bertanyakan kepada pengikut mereka di laman Facebook dan Twitter mengenai telefon Android terbaru ini. Seperti yang dijangkakan mereka turut serta di dalam penawaran ini. Di jangkakan telefon ini akan mendapat sambutan dan diharapkan mereka bersedia dengan stok supaya tidak berlaku penantian yang lama pada pengguna yang ingin mendapatkannya. Mengikut blog itu lagi telefon yang dinanti-nantikan ini akan dilancarkan pada 13 Januari 2012. Namun pada mereka yang tidak sabar untuk mendapatkan telefon ini dan anda tidak mahu terikat dengan apa-apa kontrak dengan syarikat telekomunikasi, anda boleh dapatkannya di kedai-kedai telefon berhampiran sekarang namun ianya adalah versi tidak rasmi dimana biasanya ianya di bawa dari luar secara terus.

Sumber : SoyaCincau

Samsung Galaxy Note Kini Ditawarkan Di Celcom Dan DiGi

Samsung Galaxy Note yang baru dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia jumaat lepas di pusat membeli belah Pavillion telah ditawarkan untuk para pengguna DiGi dan Celcom dengan harga istimewa yang menarik serendah RM1549 bersama DiGi dan RM1368 bersama Celcom.*tertakluk terma dan syarat*

Continue reading →

DiGi Memperkenal Pakej SmartPlan Terbaru, SmartPlan 48 Dan SmartPlan 88.

DiGi memperkenalkan pakej terbaru yang ditawarkan untuk para pengguna mereka bagi melengkapkan dan memberikan lebih pilihan kepada pengguna selain pakej asal SmartPlan mereka iaitu pakej 68.Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

DiGi yang terkenal sebagai penawar perkhidmatan data yang paling murah bagi pengguna telefon pintar di Malaysia baru-baru ini memasukkan pakej SmartPlan 48 dan SmartPlan 88 yang mempunyai had limitasi kelajuan jika mencapai had muatnaik/muaturun 1GB dan 5GB masing-masing.DiGi telah melupuskan pakej SmartPlan Lite mereka sebelum ini yang dirasakan tidak sesuai untuk pengguna telefon pintar dimana telefon jenis ini memang memerlukan penggunaan data yang banyak.Dengan pakej terbaru ini memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan mengikut tahap penggunaan data pada telefon pintar mereka.


Sumber : DiGi SmartPlan

Akhirnya! HTC Desire HD Di Tawarkan Oleh DiGi Serendah RM1399

Bagi peminat HTC Desire HD yang menunggu kehadiran telefon berkuasa Android itu sejak diumumkan bulan lepas, berita baik apabila laman web DiGi hari ini telah mengeluarkan tawaran yang ditunggu-tunggu itu.DiGi menawarkan telefon Android tersebut dengan harga serendah RM1399!.Berita penuh sila klik ‘baca selanjutnya’.

Telefon yang berkuasa 1GHz ini telah diumumkan pada bulan lepas bersama-sama kembarnya HTC Desire Z.Kedua-dua telefon ini diumumkan akan ditawarkan dengan harga yang sama RM2299.Hari ini setelah beberapa minggu menunggu, DiGi pemilik hak ekslusif jualan HTC Desire HD Malaysia menawarkan telefon ini dengan harga serendah RM1399 dengan kontrak selama 2 tahun,manakala dengan harga RM1699 untuk kontrak selama setahun.bagi pembelian tunai pula ialah seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu RM2299.Untuk maklumat lanjut sila ke laman web DiGi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site