Qualcomm pada 14 Februari yang lepas telah mengumumkan pemproses untuk peralatan bimbit baru dengan empat teras (Quad Core) mereka yang berkebolehan mencecah kelajuan 2.5GHz setiap teras.Klik baca selanjutnya’ untuk berita penuh.
Sedang para pengeluar telefon bimbit pintar berlumba-lumba mengeluarkan telefon dengan dua teras mereka yang dijangkakan akan dikeluarkan pada akhir suku kedua tahun ini,Qualcomm, pengeluar pemproses peralatan bimbit telah mengumumkan kehadiran pemproses terbaru mereka yang dikenali dengan nama kod ‘Krait’ yang akan mempunyai teras sehingga 4 teras dengan kelajuan maksimum sehingga 2.5GHz per teras.Pemproses ini dikatakan akan meningkatkan peratus kemampuan pemprosesan sehingga 150% daripada pemproses sebelumnya.Ia turut dimuatkan dengan kebolehan pemprosesan video 3D daripada Adreno GPU.
Keluarga terbaru Qualcomm ini terdiri daripada pemproses satu teras MSM8930,dua teras MSM8960 dan empat teras APQ8064.Untuk berita penuh tentang pemproses terbaru ini sila ke laman web Qualcomm di sini.





