All posts in Dwi Teras

Asus Tunjukkan Video PadFone 3 Dalam 1 Mereka.

Asus telah mengumumkan PadFone, iaitu peranti Android 3 dalam 1 mereka pada WMC 2012 di Barcelona yang lepas dan telah memenangi inovasi terbaik pada CES. Baru-baru ini mereka telah menunjukkan rekaan berinovasi itu dalam bentuk video pula di laman YouTube mereka.

Peranti itu dipanggil 3 dalam 1 kerana pengguna selain dapat menggunakan telefon Android biasa yang mempunyai skrin Super AMOLED anti calar bersaiz 4.3 inci, ianya juga boleh menjadi tablet apabila unit utama ( telefon ) itu dimasukkan ke slot yang disediakan pada unit tablet. Selain itu jika anda sambungkan pula pada dock Asus yang mempunyai papan kekunci unit tersebut akan bertukar ke seakan-akan Notebook.Peranti ini dikuasakan oleh pemproses dua teras Snapdragon S4 dengan kelajuan 1.5 GHz dengan Android 4.0 (ICS). Antara ciri menarik selain 3 dalam 1 ialah, pen stylus yang ditunjukkan didalam video ini menunjukkan iannya juga merupakan set bebas tangan BlueTooth dan boleh digunakan apabila ada panggilan masuk. Menarik bukan?. Walaubagaimanapun menurut Asus ianya akan dilancarkan di Itali pada hujung bulan ini, di Malaysia tidak diketahui lagi. Jika anda berminat, harap bersabar ya!.


Sumber : PocketDroid

Samsung Galaxy Beam, Android Dengan Projektor

Samsung memperkenalkan Samsung Galaxy Beam di WMC ( World Mobile Congress 2012 ). Telefon Android yang mempunyai fungsi projektor ini berkebolehan memaparkan kandungan multimedia anda dengan mudah di mana anda boleh terus memancarkan paparan dari telefon ini ke skrin atau dinding bagi perkongsian bersama keluarga dan sebagainya. Dikatakan ianya boleh memaparkan keluaran dengan definisi HD dan dapat dipaparkan sehingga resolusi 50 inci. Dengan kuasa pemprosesan 1GHZ dwi-teras, RAM 6GB dan memori dalaman 8GB, ianya tidak menghampakan malah ketebalannya hanya 12.5mm. Kelahiran telefon Galaxy Beam dari Samsung ini boleh dikatakan melonjakkan teknologi mobiliti ke fasa baru apabila kita menerima teknologi baru yang boleh dibawa kemana-mana, didalam poket anda iaitu sebuah projektor yang sebelum ini dikenali dengan saiznya yang besar. Petikan berita dari Samsung dan juga spesifikasi telefon ini apabila anda klik ‘Continue reading’.

Continue reading →

Ulasan Ekslusif Samsung Galaxy Nexus (Bahagian 1)

Alhamdulillah, malam semalam saya telah menerima 2 unit Samsung Galaxy Nexus untuk kegunaan saya dan rakan saya. Jadi hari ini saya berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan pandangan saya mengenai peranti Android terbaru ini dengan lebih terperinci selepas menggunakannya lebih kurang sejak 12 jam yang lalu. Galaxy Nexus masih lagi belum dilancarkan di Malaysia, namun bagi mereka yang tidak sabar dan sanggup membayar lebih anda boleh la mendapatkannya secara pasaran underground.

Sebelum saya mulakan, elok kita perhatikan dulu spesifikasi lengkap model ini. Model yang saya terima ini adalah versi dari UK, untuk maklumat versi ini sedikit berbeza dengan versi dari US (Verizon) dari segi spesifikasinya.

Pengeluar Samsung
Model Galaxy Nexus I9250
Sistem Operasi Android 4.0.1 (Ice Cream Sandwich)
Pemprosesan Dual-core 1.2 GHz Cortex-A9
TI OMAP 4460GPU PowerVR SGX540
Dimensi 135.5 x 67.9 x 8.9 mm
(Berat 135 g)
Skrin 720 x 1280 pixel, 4.65 inci
Super AMOLED
Memori Storan (binaan dalam) 16/32GB
1 GB RAM
Tiada slot memori tambahan
Rangkaian Mudahalih 4G LTE (belum ada di Malaysia)
3G HSDPA 850/900/1700/1900/2100
2G GSM 850/900/1800/1900
Hubungan/Data HSDPA 21 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n (dual-band)
DLNA, Wi-Fi hotspot
NFC (Near Field Communication)
Bluetooth versi 3.0 dengan A2DP
USB versi 2.0 (microUSB)
Deria (Sensors) Accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer
Kamera 5 MP, 2592×1936 pixels, autofocus, LED flash
Touch focus, geo-tagging, face detection
Video 1080p@30fps HD
(Kamera hadapan 1.3 MP)
GPS GPS beserta sokongan A-GPS
Bateri Li-Ion 1750 mAh
Standby 290 jam (2G) / 270 jam (3G)
Talktime 17 jam 40 minit (2G) / 8 jam 20 minit (3G)

Continue reading →

Samsung Galaxy S 2, HTC Sensation,Kini Di Maxis!

Semalam bertempat di Midvalley Mega Mall, Maxis telah melancarkan model telefon Android terbaru dibawakan mereka iaitu Samsung Galaxy S 2.Walaupun telefon tersebut dijadualkan dilancarkan oleh Maxis pada pukul 3 petang, dikatakan ramai peminat datang seawal 3 pagi bagi mendapatkan harga tawaran hebat dari Maxis.Klik ‘Baca Selanjutnya’ untuk berita penuh.

Maxis, pemilik hak rasmi sebagai syarikat telekomunikasi yang pertama dapat membawakan telefon tersebut di Malaysia dikatakan menawarkan telefon tersebut dengan harga RM799!(kontrak 24 bulan dengan plan value plus dan data 3GB).Namun telefon tersebut hanya di tawarkan dengan harga tersebut terhad kepada 300 pengunjung pertama di Midvalley Megamall centre court pada semalam sahaja (22 Jun 2011)sahaja.Namun jika anda terlepas untuk ke Midvalley semalam, anda boleh juga mendapatkannya di Maxis store berdekatan anda dengan pakej yang disediakan.Untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang mereka di sini.

Selain daripada itu Maxis juga turut menawarkan telefon android lain yang juga merupakan telefon dengan pemproses dua teras juga iaitu HTC Sensation.HTC sensation merupakan model terbaru dari HTC.

Kedua-dua telefon dengan kuasa pemprosesan dua teras ini boleh didapati dari Maxis.

LG Optimus 2X Di Celcom

Anda inginkan telefon ‘high end’ Android terkini dengan kuasa pemproses dwi teras?.Anda boleh dapatkannya dari Celcom.Celcom ketika ini telah menawarkan telefon terbaru LG Optimus 2X terbaru pada peminat-peminat Android di Malaysia.Telefon yang ditunggu-tunggu ini ditawarkan dengan harga menarik tanpa kontrak serendah RM 1899 dan dengan kontrak serendah RM 978 !( Satu tamparan hebat kepada pemilik HTC Desire HD seperti saya !).Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Telefon dengan kuasa dwi pemprosesan ini dikatakan antara telefon pertama yang dikeluarkan dengan kuasa pemproses sedemikian rupa.Model lain yang menggunakan kuasa dwi pemproses ialah Samsung Galaxy S2 yang belum dipasarkan lagi di negara kita.Jika anda berminat dengan telefon berkuasa ini dan anda ingin melanggan dengan Celcom, anda boleh rujuk gambarajah plan yang ditawarkan Celcom di bawah atau anda boleh ke laman sesawang Celcom di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site