All posts in Facebook

HTC First (Myst), Telefon Facebook Mula Terdedah?.

HTCFirst
Ura-ura pengenalan kepada telefon Facebook yang dikatakan akan menggunakan antaramuka Facebook Android ubahsuai yang diwar-warkan akan diumumkan esok mula didedahkan satu persatu informasinya apabila @evleaks memaparkan gambar yang dikatakan merupakan telefon berkenaan.

Telefon berkenaan yang dikatakan akan menggunakan jenama HTC dipaparkan mempunyai tiga butang kapasitif dengan salah satu butang kapasitif mempunyai simbol bulat iaitu yang di tengah sekali antara butang berkenaan yang seakan-akan I Phone ( Diharap HTC tak kena saman pasal simbol bulat ni! ). Telefon berkenaan dikenali sebagai HTC First yang sebelum ini dikatakan turut juga dikenali dengan nama kod Myst.

Sambung baca seterusnya →

Facebook Akan Melakukan Perubahan Pada Newsfeed, Termasuklah Aplikasi Android Anda

Facebook

Facebook hari ini telah mengorak langkah dengan melakukan perubahan besar pada laman web mereka, terutama sekali pada bahagian newsfeed, yang memaparkan imej yang lebih besar dan lebih minimalis. Sebuah sidang media telah diadakan di Facebook HQ, Menlo Park semalam, dimana mereka telah memberitahu bahawa rekabentuk paparan baru ini diambil inspirasi daripada media surat khabar.

Menurut kenyataan mereka lagi, rekabentuk baru ini lebih memfokuskan untuk paparan foto, video, acara dan artikel untuk menjadi lebih menarik lagi kepada pengguna, dan rasanya sudah lama kami tidak lihat sebarang perubahan baru dilakukan pada bahagian Facebook tersebut.

newsfeed_games2

Facebook

Pihak Facebook memberitahu bahawa pengguna Android akan menerima kemaskini terbaru ini nanti selepas pengguna iOS mendapatnya dalam masa beberapa minggu lagi. Namun untuk pengguna web, kemaskini baru itu telah dibuka pada hari ini, dengan beberapa users dahulu, sebelum dibuka pada semua pengguna.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh pergi disini: https://www.facebook.com/about/newsfeed

Sambung baca seterusnya →

Hantar Pesanan Suara Dengan Kemaskini Terbaru ‘Facebook Messenger’.

fbmessenger
Facebook baru saja melepaskan kemaskini terbaru untuk aplikasi Messenger mereka yang membenarkan anda menghantar pesanan suara melalui aplikasi tersebut. Jika anda kemaskini secara manual aplikasi ini pada peranti anda, anda sudah boleh memeriksanya di Google Play sekarang.

Untuk menggunakan fungsi ini, terlebih dahulu anda buka seperti biasa aplikasi ini dan pilih orang yang anda ingin berbual. Seterusnya anda hanya perlu menekan butang ‘tambah’ di bahagian kiri ruangan taip mesej anda seperti biasa dan akan muncul pop up yang memaparkan beberapa ikon untuk menghantar gambar (pilih gambar), tangkap gambar, cari dan rekod suara. Anda hanya perlu pilih rekod suara untuk memulakan fungsi ini dan seterusnya hanya tekan butang rekod sepanjang anda bercakap dan hantar kepada hubungan yang anda pilih terlebih dahulu.
Messenger
Dengan perkembangan ini nampaknya Facebook ingin mencuri tumpuan pengguna supaya menggunakan aplikasi mereka dengan menambah pelbagai fungsi dan membaik pulih aplikasi mereka.

Apakah pendapat anda tentang kemaskini terbaru ini?. Sila tinggalkan komen di ruangan di bawah.

Kemaskini Facebook 2.0 Membawakan Capaian Lebih Pantas.

 

facebook 2

Facebook baru saja melepaskan kemaskini baru versi 2.0 untuk aplikasi mudah alih mereka bagi peranti Android hari ini. ini merupakan janji yang pernah dikeutarakan oleh Mark Zuckerberg sebelum ini untuk memberikan aplikasi Facebook asli untuk peranti Android. Dikatakan dengan kemaskini ini mereka menjanjikan beberapa perkara iaitu

  • News feed dan timeline yang lebih pantas.
  • Gambar dibuka dengan satu sentuhan dan lebih pantas.
  • Ruangan ataupun bar berita/cerita baru yang akan muncul di bahagian atas bahagian timeline tanpa perlu anda refresh.

Kami telah mengemaskini aplikasi ini pada peranti kami dan setakat ini ianya memuaskan. Terasa kepantasannya dan perbezaannya. Anda boleh cuba kemaskini dan saksikan sendiri. Berikut kenyataan Facebook.

When you’re on your phone, nothing matters more than getting what you want quickly. We’re always working to make our apps faster, and in this update we’ve rebuilt news feed, notifications and Timeline for speed.

Syabas Facebook!. Semoga mereka terus mempertingkatkan lagi aplikasi ini dan nampaknya mereka semakin sedar bahawa peranti Android semakin ramai penggunanya berbanding peranti OS lain.

Sumber : Facebook

Kemaskini Facebook Messenger Yang Baru Tidak Memerlukan Akaun Facebook

Mulai hari ini, anda tidak perlu lagu menggunakan akaun Facebook anda untuk menggunakan Facebook Messenger.

Kini aplikasi tersebut telah berubah menjadi aplikasi penghantar mesej/SMS, sama seperti fungsi WhatsApp. Apa yang anda perlukan adalah nama dan nombor telefon sahaja, dan seterusnya anda boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di dalam senarai kenalan anda.

Pesaing terbesar Facebook Messenger kini adalah WhatsApp dan LiveProfile, kedua-keduanya mempunyai pengguna yang setia dan sudah lama menggunakan servis mereka. Namun dengan kehadiran beberapa nama besar dalam teknologi seperti Facebook hari ini, kami menjangka akan melihat perubahan penggunaan tersebut di masa hadapan. Tetapi ada perbezaan pula pada platform lain, contohnya iOS, masih terdapat ramai pengguna menggunakan iMessage, dan kepada pengguna Blackberry pula, nama servis BBM sudah lama terkenal dalam platform mereka. Mengubah mentaliti pengguna untuk menggunakan servis yang lain adalah kerja yang sangat sukar, namun itulah yang terpaksa Facebook fikirkan strategi mereka (beli WhatsApp?).

Sambung baca seterusnya →