
Seorang pengguna di YouTube bernama lionking853 telah memuat naik video permainan Grand Theft Auto: Vice City untuk Android. Menggunakan peranti Samsung Galaxy S 3, perjalanan permainan tersebut kelihatan sangat lancar dan sama seperti versi di PC dahulu.
Beberapa hari lepas pihak Rockstar mengumumkan bahawa mereka menarik balik permainan tersebut dari Google Play Store atas beberapa masalah, dan berkata akan segera menyelesaikannya dan akan dikeluarkan semula ke Play Store selewatnya hujung minggu hadapan.
Kami merupakan peminat besar kepada permainan Grand Theft Auto, dan kami sangat tidak sabar untuk mendapatkan permainan ini dalam peranti Android kami bila ia muncul dalam Google Play Store. Lihat pada video kami sediakan dibawah untuk melihat bagaimana permainan ini dimainkan.



































