HTC Malaysia dikatakan akan melancarkan telefon terbaru mereka HTC Sensation XE yang menyokong ‘Beats Audio’minggu hadapan.Telefon Android yang boleh dikatakan versi dipertingkatkan dari versi HTC Sensation ini dikatakan akan dijual dengan harga menarik RM1999.Klik ‘Berita selanjutnya’ untuk berita penuh.
Dikuasakan dengan pemproses berkuasa 1.5GHz Dwi teras dan keupayaan grafik dari pemproses adreno 220 dari Qualcomm 8260 Snapdragon, ia merupakan telefon yang manjanjikan satu peningkatan yang hebat berbanding dengan model terdahulu iaitu HTC Sensation.Telefon ini menggunakan paparan skrin bersaiz 4.3 inci (540×960 piksel) S-LCD skrin kapasitif dengan kebolehan paparan warna sehingga 16 juta warna.Keupayaan kamera pula ialah sehingga 8 Megapiksel auto fokus dengan tambahan dua lampu denyar LED.































