All posts in Google Music

Google I/O 2011

Google I/O sedang berlangsung ketika ini di Moscone Center, San Francisco, California bermula pada 10 Mei sehingga 11 Mei iaitu hari terakhir pada hari ini ( waktu Amerika ).Acara tahunan ini merupakan tempat di mana kita dapat mengikuti perkembangan atau pun perancangan masa hadapan bagi produk Google terutama sekali Android.

Pada acara tahun ini dikatakan Google telah memperkenalkan dan melancarkan secara beta ‘Google Music’, iaitu perkhidmatan pemain muzik dalam talian seakan-akan i Tunes dari apple.Perkhidmatan ini dikatakan boleh dimainkan pada komputer mahupun peranti Android.

Google Music Akan Diadaptasi Pada Kemaskini Berikutnya?.

Kita telah mendengar bahawa Google telah mengumumkan akan membina database/online stream muzik mereka sendiri pada pengumuman Google I/O pada tahun lepas.Ia nya mungkin menjadi kenyataan tidak beberapa lama lagi apabila terdapat rakaman paparan skrin yang menunjukkan teknologi itu pada telefon Android yang dikatakan di ambil dari telefon Android versi Gingerbread 2.3.Mungkin juga ianya dari versi Android akan datang yang tidak di ketahui.

androidguys - 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site