
Semalam kami melaporkan bersumberkan laman web geek.com mengenai khabar angin kehadiran telefon Google Galaxy S4 dengan antaramuka stok Android. Akhirnya ianya disahkan oleh Google pada acara Google IO yang sedang berlangsung sekarang.
Telefon berkenaan yang menggunakan perkakasan (Hardware) sama seperti model Samsung galaxy S4 yang asli namun hanya dikeluarkan antaramuka Samsung iaitu TouchWiz UI dan digantikan dengan stok antaramuka Android asli (Pure Android – Vanilla). Dikatakan peranti ini akan menerima kemaskini secara terus dari Google dari masa ke semasa sama seperti peranti nexus.
Ianya boleh didapati bermula 26 Jun ini melalui Google Market. Ini bermakna negara kita mungkin tidak ditawarkan buat masa ini. Dikatakan telefon ini menyokong rangkaian telekomunikasi AT&T dan T-Mobile iaitu rangkaian LTE. Antara spesifikasinya adalah memori dalaman 16GB dan Bootloader unlocked. Menurut beberapa sumber, walaupun spesifikasi penuh belum dikeluarkan, dipercayai ianya adalah Galaxy S4 versi Snapdragon.
Sumber : Phandroid



































