
Anda biasa menggunakan aplikasi penyimpanan nota pada peranti Android anda untuk menyimpan apa-apa nota?. Terdapat beberapa aplikasi penyimpanan nota seperti evernote, note everything dan lain-lain lagi di Play Store yang boleh anda muat turun. Kali ini Google turut serta di dalam kumpulan ini apabila menawarkan aplikasi ‘Google Keep’ yang boleh didapati di Play Store bermula semalam.
Google Keep merupakan aplikasi mengambil nota yang sangat ringkas untuk pengguna yang diberikan oleh Google menawarkan penyegerakkan bersama kepada semua peranti dalam talian anda. Ini bermakna nota anda boleh diakses oleh mana-mana peranti anda selagi ianya mempunyai sambungan internet.
Anda boleh menaip nota secara biasa, nota senarai, nota suara dan nota bergambar. Bagi nota suara, ianya merakam suara anda dan seterusnya secara automatik menaip ke dalam bentuk tulisan segala bunyi yang didengar. Sewaktu kami mencubanya, oleh kerana ianya tidak menyokong bahasa Malaysia adalah pelik hasil taipan yang terhasil. Anda boleh padam semula taipan tersebut namun rakaman suara yang disertai tetap boleh digunakan.
Sambung baca seterusnya →





































