Lenovo dikatakan akan melancarkan tablet Android mereka iaitu K1 bagi pasaran Malaysia tidak lama lagi.Tablet yang menggunakan antaramuka Android Honeycomb 3.1 ini juga dikuasakan oleh pemproses NVIDIA Tegra 2 dua teras berkelajuan 1GHz .Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.
Lenovo Malaysia menawarkan aplikasi percuma yang bernilai melebihi RM200 secara pramuat didalam tablet tersebut.Dikatakan terdapat dua versi iaitu versi WiFi iaitu yang berwarna merah dan putih manakala versi 3G berwarna hitam dan coklat.Namun harga bagi tablet ini masih belum diketahui.Dengan pelancaran tablet ini dikatakan akan merancakkan pasaran tablet Android di Malaysia dan ini memberikan saingan yang sengit kepada Samsung Tablet 10.1 yang turut akan dilancarkan tidak lama lagi yang turut menawarkan saiz skrin yang sama.






























