Panasonic memperkenalkan tablet terbaru dari mereka iaitu siri TOUGHPAD, yang dikatakan merupakan tablet Android paling lasak di dunia ketika ini.Dengan dua variasi iaitu model TOUGHPAD A1 dan TOUGHPAD B1,ia dikatakan dapat menahan ketahanan yang maksimum yang anda tidak pernah bayangkan akan ditempuhi oleh sebuah tablet!
Model TOUGHPAD A1 yang mempunyai skrin 10.1 inci dengan kelajuan pemprosesan 1.2GHZ dua teras.Gajet ini turut diperlengkapkan dengan RAM 1GB DDR2 dan memori flash dengan kapasiti 16GB.Ia juga dilengkapi dengan kamera hadapan 2 Megapiksel dan kamera belakang 5 Megapiksel diserta dengan lampu denyar LED.Skrinnya mempunyai teknologi dimana ianya boleh dilihat dengan jelas walaupun dalam keadaan terang tengah hari.Ianya dikuasakan dengan Android 3.2 Honeycomb.
![]() |
| TOUGHPAD A1 |
Model TOUGHPAD B1 pula mempunyai skrin 7 inci namun spesifikasinya masih belum didedahkan kepada umum oleh Panasonic.Namun model ini juga dipercayai mempunyai ketahanan lasak seperti model A1 namun hanya mempunyai skrin yang lebih kecil.Model ini hanya akan dilancarkan pada tahun hadapan.
![]() |
| Pandangan belakang |
![]() |
| Stylus |
Sumber : Panasonic







