Sebelum ini kedengaran desas desus menyatakan HTC Desire HD iaitu antara model yang terkenal dalam keluarga HTC satu masa dahulu dikeluarkan dari senarai penerima kemaskini ICS yang sebelum ini ianya disenaraikan di dalam beberapa model HTC yang lain sebagai penerimanya. Ianya bermula apabila syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat iaitu TELUS mengumumkan berita itu dimana mereka menyatakan tiada kemaskini untuk versi Desire HD dari TELUS yang seterusnya ianya turut dikemaskini di blog HTC tidak lama kemudian bagi versi antarabangsa pula.
Pada awalnya melalui blog HTC, mereka memberikan alasan model berkenaan tidak mendapat kemaskini berkenaan berikutan hasil ujian yang dijalankan mendapati versi sekarang adalah yang paling sesuai dengan telefon berkenaan dan versi baru akan mendatangkan masalah dari segi pengalaman pengguna. Berita itu memberikan rasa ketidakpuashatian kepada pemilik telefon itu yang rata-rata merasakannya tidak adil kerana model baru telefon HTC yang mempunyai spesifikasi yang lebih rendah dari HTC Desire HD dapat dikemaskini.


































