All posts in HTC Quattro

HTCSense.com Akan Diubahsuai, Muat Turun Data Anda Sekarang!.


HTCSense.com ialah perkhidmatan premium melalui laman sesawang yang disediakan oleh HTC kepada pengguna telefon HTC yang diperkenalkan sejak September 2010. Laman sesawang itu yang sebelum ini digunakan para pengguna HTC untuk lokasi penyimpanan data daripada telefon HTC malah ia turut menawarkan muat turun seperti widget, gambar latar dan juga nada dering selain perkhidmatan mengesan telefon mereka melalui laman tersebut. HTC mengumumkan laman tersebut akan diubahsuai secara major berikutan kurang sambutan pada perkhidmatannya itu ditambah lagi dengan kritikan dan kelemahan yang timbul. Tambahan pula pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan lain yang kini semakin banyak untuk pengguna Android seperti yang ditawarkan oleh Lookout Mobile Security ( Mengesan telefon anda ) dan juga DropBox ( penyimpanan data ). Oleh itu kepada anda yang ingin mengambil semula data anda dari laman tersebut anda boleh berbuat demikian dengan ‘log in’ dan ikuti arahan selanjutnya sebelum 30 April 2012.

Dengar-Dengar – HTC Quattro, Tablet Dengan Tegra 3

Pada minggu lepas CEO HTC telah mengumumkan mereka sedang dalam proses mengeluarkan tablet dari HTC yang ketiga selepas HTC Flyer dan HTC Jetstream, dan baru-baru ini kedengaran desas desus spesifikasi tablet android dari HTC itu terdedah.

Dengan nama kod ‘HTC Quattro’, Tablet ini dikatakan bakal menggunakan versi Android terbaru Ice Cream Sandwich.Saiz skrin ialah 10.1 inci sama seperti Samsung Galaxy Tab 10.1.Namun yang menarik tentang tablet ini ialah ianya menggunakan pemproses terbaru dari Nvidia iaitu TEGRA 3 yang mempunyai empat teras.Keupayaan RAM pula 1GB dengan memori dalaman 16GB dengan kebolehan menambah memori melalui kad memori.Ia juga menyokong penggunaan stylus seperti mana HTC Flyer dan HTC Jetstream.Mempunyai kamera  2 Megapiksel dan kamera hadapan 1.3 Megapiksel dengan kebolehan rakaman kualiti HD 720p.

Sumber : PocketNow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site