All posts in HTC Sync

HTCSense.com Akan Diubahsuai, Muat Turun Data Anda Sekarang!.


HTCSense.com ialah perkhidmatan premium melalui laman sesawang yang disediakan oleh HTC kepada pengguna telefon HTC yang diperkenalkan sejak September 2010. Laman sesawang itu yang sebelum ini digunakan para pengguna HTC untuk lokasi penyimpanan data daripada telefon HTC malah ia turut menawarkan muat turun seperti widget, gambar latar dan juga nada dering selain perkhidmatan mengesan telefon mereka melalui laman tersebut. HTC mengumumkan laman tersebut akan diubahsuai secara major berikutan kurang sambutan pada perkhidmatannya itu ditambah lagi dengan kritikan dan kelemahan yang timbul. Tambahan pula pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan lain yang kini semakin banyak untuk pengguna Android seperti yang ditawarkan oleh Lookout Mobile Security ( Mengesan telefon anda ) dan juga DropBox ( penyimpanan data ). Oleh itu kepada anda yang ingin mengambil semula data anda dari laman tersebut anda boleh berbuat demikian dengan ‘log in’ dan ikuti arahan selanjutnya sebelum 30 April 2012.

HTC Sync, Kini Dengan Penyegerakkan iTunes

HTC mengumumkan aplikasi HTC Sync untuk telefon mereka telah menyokong penyegerakkan atau perkongsian data dengan akaun iTunes.Ini bermakna para pengguna Apple yang mempunyai akaun iTunes dapat berkongsi gambar,lagu-lagu,video malah senarai hubungan mereka dengan peranti Android HTC mereka.

Namun yang demikian aplikasi ini buat masa ini dikatakan hanya menyokong model yang lebih baru pada ketika ini seperti model HTC Sensation XL dan HTC Rhyme.Malah aplikasi ini juga dapat menyegerakkan dengan aplikasi Windows Media Player bagi para pengguna Windows.

Sumber : Taiwan News