All posts in HTC Evo 3D

HTC Incredible S Dan HTC Evo 3D Terima ICS.

Jika anda menggunakan telefon Android HTC model ini, anda boleh memeriksa kemaskini ICS untuk telefon anda bermula sekarang. HTC Evo 3D pula dikatakan menerima kemaskini ICS bermula minggu lepas. HTC seterusnya mengotakan janjinya melepaskan kemaskini kepada model HTC Incredible S pula bagi melengkapkan senarai model-model mereka yang diumumkan sebagai penerima kemaskini itu sebelum ini.

Kemaskini ini dilepaskan melalui OTA ( On The Air) dan bersaiz 250MB dan telefon anda akan memberikan notifikasi jika terdapat kemaskini. Namun anda boleh memeriksa secara manual dengan cara pergi ke Setting >About phone > Software updates > Check now  . Jika anda tidak melanggan perkhidmatan data, anda boleh menggunakan WiFi bagi melakukan proses kemaskini ini.

Jika anda pengguna model berkenaan di Malaysia dan telah menerima kemaskini berkenaan ataupun mempunyai soalan sila kemukakan diruangan komen di bawah.

Sumber : The Unwired