Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

All posts in HTC One

HTC One (M8) Dilancar Secara Rasmi.

image

HTC semalam melancarkan model terbaru telefon Android mereka iaitu HTC One (M8) di satu majlis di New York yang turut di siarkan secara langsung secara dalam talian untuk tontonan seluruh dunia.

Telefon Android berkenaan yang akan menjadi telefon utama mereka merupakan model susulan HTC One (M7) sebelum ini yang berjaya merangkul beberapa anugerah akan dipasarkan di pasaran dunia dalam beberapa minggu lagi.

image

Model terbaru ini kini dilengkapi dengan versi HTC Sense terbaru Sense 6 selain mempunyai ciri Smart Sensor Hub yang membuatkan telefon berkenaan seakan-akan mempunyai deria ke enam. Contohnya anda boleh melakukan beberapa arahan tanpa memerlukan anda menyalakan skrinnya. Dengan melakukan beberapa contengan corak tertentu pada skrin akan ‘membangunkan’ telefon. Mengangkat telefon ke telinga sewaktu ianya menerima panggilan secara automatik akan menjawab panggilan tersebut. Melakukan dua kali ketukan pada skrin juga dapat menyalakan dan memadamkan skrin telefon.

Sambung baca seterusnya →

HTC One Di Malaysia Kini Mula Terima Kemaskini Android 4.3.

HTC One 4.3

Pengguna HTC One di Malaysia kini boleh memuat turun kemaskini Jelly Bean 4.3 untuk telefon mereka bermula sekarang.

Pengguna telefon berkenaan yang melaporkan berita tersebut melalui group Facebook kami turut memaparkan rakaman skrin kemaskini berkenaan yang bersaiz lebih kurang 680MB. Selain kemaskini Android 4.3, didatangkan juga kemaskini HTC Sense 5.5 bersamanya.

Jika anda masih tidak mendapat notifikasi mengenai kemaskini ini secara automatik, anda boleh periksa secara manual di Setting – About phones – Software updates. Untuk perhatian, tidak semua telefon tersedia untuk dikemaskini secara serentak. Anda boleh cuba di lain masa untuk memeriksa semula.

Sumber : Luke Carliff di Group MalayAndroid

HTC One Terima Kemaskini 4.2.2.

htcone422
Berita baik untuk pemilik HTC One, Telefon berkenaan kini sedang menerima kemaskini terbaru dari HTC yang membawakan kepada versi Android 4.2.2. Ianya dilaporkan sedang diterima oleh pengguna Asia bermula di Taiwan ketika ini. Kemaskini dengan build number 2.24.709.1 dengan sebesar 465MB itu membawakan kemaskini berikut :-

Android 4.2.2
Launcher bar
Aturan baru Widget panel
Lock screen baru
Pembaharuan interaksi Home button ( Tekan lama untuk menu)
Penambahan pada Home button membolehkan navigation menu bar dialihkan
Memperlihatkan level % bateri pada status bar
Panel Quick settings: 12 tetapan dengan cara sentuhan baru
Ciri AE/AF lock: Lock Exposure/Focus pada skrin viewfinder. Peningkatan kamera.
Sambung baca seterusnya →

HTC M4 Adalah HTC One Mini.

htcmini-1371056530
Sebelum ini berlegar-berlegar di arena blog teknologi di internet yang memaparkan sebuah telefon dari HTC iaitu HTC M4 yang seakan-akan HTC One namun bersaiz mini. Namun sebelum ini gambar yang dipaparkan tidak secara langsung membandingkan telefon berkenaan bersebelahan dengan HTC One. Keadaan itu tidak mengsahihkan telefon berkenaan adalah versi HTC One yang lebih kecil atau mini.

Hari ini laman web engadget memaparkan gambar telefon berkenaan dan melaporkan berita iaitu telefon yang sebelum ini dikenali dengan nama HTC M4 diletakkan bersebelahan dengan HTC One. Gambar berkenaan dikatakan diberikan oleh sumber yang dipercayai. Perkara ini mengesahkan desas desus kedengaran sebelum ini yang mana telefon berkenaan merupakan HTC One Mini berdasarkan bentuk dan rupanya yang sama, hanya lebih kecil dari yang asal.

Belum ada spesifikasi rasmi yang disertakan namun dianggarkan skrinnya bersaiz 4.3 inci dan kemungkinan besar ianya akan dilengkapi dengan badan besi unibodi berdasarkan gambar berkenaan.

Kami akan melaporkan kepada anda jika terdapat maklumat tambahan.

HTC One Dilancarkan Bagi Pasaran Malaysia. RM2299 Untuk Versi 32GB Dan RM2499 Untuk Versi 64GB.

L2R - Yoon Kam Fei, KH Lim, Melvin Tham, Zalman Aefendy, Praveen Rajan, Goh Thih Liang, SK Wong, Jack Tan
HTC Malaysia semalam melancarkan telefon utama terbaru mereka iaitu HTC One untuk pasaran Malaysia. Didatangkan dengan beberapa ciri-ciri menarik antaranya HTC Blinkfeed, HTC Zoe dan juga HTC BoomSound, ianya dijangkakan bakal menarik minat pengguna telefon pintar Malaysia dan mampu bersaing dengan jenama lain seperti Samsung.

HTC BoomSound menawarkan bunyi berkualiti stereo dengan penguat bunyinya sendiri disamping turut dengan integrasi Beats Audio yang memberikan anda pengalaman yang lebih mengasyikkan sewaktu anda mendengar muzik, menonton video mahupun menonton YouTube.

HTC Sense TV pula adalah satu aplikasi yang disediakan oleh HTC bagi mengguna pakai pemancar infrared yang disediakan untuk menjadikan telefon ini kepada alat kawalan jauh. Malah anda boleh mengawal dekoder Astro anda dengannya.

Rekaan badannya adalah jenis aluminium unibody yang menjanjikan tiada ruang cantuman yang menjamin kualiti binaan yang kemas. Telefon ini mempunyai skrin HD penuh (1080p), dilengkapi dengan sistem pemprosesan terbaru Android Jelly Bean dan juga siap sedia untuk digunakan pada rangkaian LTE.
Sambung baca seterusnya →