All posts in Huawei

Huawei Perkenal Android Terpantas Dunia Di Kuasakan Pemproses K3V2

Huawei telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka di WMC 2012 di Barcelona. Telefon yang dikuasakan oleh Android itu dikenali sebagai Huawei Ascend D Quad. Apa yang menarik telefon mereka mencipta sejarah kerana mereka mengatakan ianya merupakan telefon pintar terpantas di dunia buat ketika ini. Dengan dikuasakan dengan kuasa pemprosesan empat teras ( Quad Core ) 1.5 GHz pemproses mereka sendiri ( HiSilicon ) yang dikenali sebagai pemproses K3V2. Telefon ini menggunakan paparan skrin bersaiz 4.5 inci dengan resolusi tinggi HD 720p dengan dpi densiti 330ppi ( lebih tinggi dari I Phone 226ppi ) dan Android versi 4.0 ( Ice Cream Sandwich ) sebagai platform. Telefon ini juga dikatakan menggunakan teknologi yang dapat menjimatkan bateri sebanyak 30% daripada biasa selain menggunakan bateri berkapasiti besar 1800mAh/2000mAh. Kuasa RAM pula ialah 1GB dengan memori dalaman 8GB. Ia juga berkeupayaan untuk merakam/mengambil gambar atau video dengan definisi tinggi sehingga 1080p menggunakan kamera belakang 8 Megapiksel dan turut berkeupayaan memainkan video 1080p tersebut.

Pemroses K3V2 dari Huawei ini dikeluarkan oleh HiSilicon dikatakan menggunakan empat teras pemproses dari ARM Cortex A9 ,enam belas teras unit pemprosesan grafik Super dan sistem memori 64-bit. Mengikut ujian yang dijalankan oleh mereka, pemproses ini merupakan pemproses aplikasi terpantas bagi grafik dan kuasa pemprosesan buat ketika ini.

Huawei Pengeluar Pertama Keluarkan ICS Untuk Telefon Android Mereka?

Huawei, dikatakan menjadi yang pertama mengeluarkan kemaskini ICS untuk telefon Android ( Samsung dikecualikan ) mereka secara rasmi apabila mengeluarkan kemaskini untuk Huawei Honor untuk pengguna China mereka.Walaupun ianya dikatakan masih BETA namun dikatakan ianya sangat stabil untuk penggunaan seharian.

Apa yang menarik sebenarnya telefon ini sendiri belum di lancarkan lagi di China.Ini bermakna kemaskininya keluar dahulu sebelum telefon berada di pasaran.Menarik bukan?.

Sumber: Huawei Device Forum

HTC Desire Z,HUAWEI Ideos Dan Galaxy 3 Sekarang Di Maxis

Maxis sekarang telah menawarkan beberapa tambahan model-model telefon Android di dalam koleksi mereka untuk para pelanggan Maxis.Antara telefon terbaru ialah HTC Desire Z,Huawei Ideos dan Samsung Galaxy 3.Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

HTC Desire Z, ekslusif bersama Maxis telah diumumkan bulan lepas bersama-sama model kembarnya yang dilancarkan bersama iaitu HTC Desire HD yang diberi hak ekslusif kepada DiGi.HTC Desire Z yang berkuasa 800MHz ini mempunyai skrin bersaiz 3.7 inci dan mempunyai papan kekunci fizikal.Maxis menawarkan telefon ini serendah RM1449.


Huawei Ideos pula menggunakan skrin bersaiz 2.8 inci dengan kuasa pemprosesan dari pemproses Qualcomm MSM 7225 dengan kelajuan 528MHz merupakan telefon Android ‘Entry Level’.Ia dilengkpi dengan kuasa RAM 256MB dan ROM 512MB.Kameranya pula berkebolehan mengambil gambar bersaiz sehingga 3.15 MP.Platform yang digunakan ialah Android 2.2 (Froyo).Ditawarkan serendah RM299.


Galaxy 3 pula ialah antara model terbaru dari Samsung.Telefon Android ‘entry level’ dari Samsung ini menggunakan pemproses 667MHz,RAM 256MB dan ROM 512MB dengan platform Android 2.1 (Eclair) yang boleh di kemaskini kemudian.Menggunakan skrin bersaiz 3.2 inci ianya tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil.Kamera pula berkebolehan mengambil gambar bersaiz 3.15MP.Telefon Samsung ini di tawarkan bermula RM449.

Untuk maklumat lanjut tawaran telefon Android yang ditawarkan oleh Maxis sila ke laman web mereka di

sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site