Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

All posts in ICS

SONY Perkenal Walkman Di Kuasakan ICS


SONY EU mengumumkan model terbaru siri Walkman® mereka iaitu beberapa model seperti F800, S770BT, E570 dan E470. Apa yang menarik, siri F800 merupakan sebuah pemain muzik Walkman® yang menggunakan sistem pengoperasian Android selain dilengkapi dengan skrin bersaiz 3.5 inci dengan sokongan berbilang sentuhan dan juga teknologi Master MX Digital Amplifier.

Ianya menggunakan Android 4.0 (ICS) sebagai sistem pengoperasian dan datang dengan pilihan memori 8GB, 16Gb atau 32GB. Ianya juga terdapat pelayar internet dan juga aplikasi yang sedia pasang dan anda turut boleh memuat turun aplikasi dan permainan dari Google Play tanpa masalah melalui sambungan WiFi ataupun Bluetooth. Anda juga boleh turut memainkan fail video pada Walkman® ini. Alat ini turut mempunyai pembesar suara xLOUD® untuk anda gunakan jika anda ingin mainkan lagu anda secara kuat tanpa fon telinga.

Walkman® ini berada di pasaran Eropah bermula sekarang dan belum diketahui bila ianya akan memasuki Malaysia.

SONY sebelum ini telah mengeluarkan model NWZ-Z1060/B yang kini telah berada di dalam pasaran Malaysia. Peranti ini menggunakan sistem pengoperasian Android juga (Gingerbread), dengan skrin 4.3 inci dan memori terbina dalam 32GB. Model ini anda boleh dapatkannya dengan harga RM 1,499. Untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang SONY Malaysia.

image

Sumber : SONY EU

Kemaskini ICS RAZR MAXX & RAZR Kini Di Malaysia.

Kredit gambar kepada Facebook  ‘Brighstar Malaysia’

Laman Facebook Motorola SEA mengumumkan secara rasmi kemaskini ICS bagi model telefon RAZR MAXX dan RAZR kini dalam perjalanan ke model-model itu di ASIA termasuk Malaysia bermula sekarang. Sebelum ini berlaku kebocoran dari PR syarikat telekomunikasi Verizon yang mengumumkan kemaskini berkenaan yang pasti akan diterima oleh model berkenaan. Facebook Motorola SEA juga telah mengumumkan dan mengesahkan perkara itu pada Jumaat yang lepas pada laman Facebooknya dan menyatakan kemaskini akan bermula pada 13 Julai. Namun nampaknya ianya tiba awal sedikit dari yang diumumkan.

Sambung baca seterusnya →

Kemaskini ICS Barisan Tablet Samsung Bermula Julai/Ogos.

Berita baik kepada para pengguna tablet-tablet Android Samsung, laman sesawang SamMobile melaporkan barisan tablet Samsung akan menerima kemaskini ICS ( Android 4.0 ) bemula Julai dan kebanyakan model tablet tersebut akan menerimanya pada bulan Ogos.  Berikut senarai tablet Samsung yang akan menerima kemaskini berkenaan.

GT-P6210 Galaxy Tab 7.0 Plus  WIFI
GT-P6200 Galaxy Tab 7.0 Plus WIFI + 3G
GT-P6810 Galaxy Tab 7.7 WIFI
GT-P6800 Galaxy Tab 7.7 WIFI + 3G ( memang didatangkan dengan Android 4.0 )
GT-P7310 Galaxy Tab 8.9 WIFI
GT-P7300 Galaxy Tab 8.9 WIFI + 3G
GT-P7510 Galaxy Tab 10.1 WIFI
GT-P7500 Galaxy Tab 10.1 WIFI + 3G

Kami akan melaporkan jika terdapat maklumat terkini mengenai perkara ini.

SONY Xperia Mini Pro Terima Kemaskini ICS.

SONY sebelum ini diketahui telah mengeluarkan senarai dan sedang melepaskan kemaskini ICS kepada barisan telefon Android mereka terutamanya model-model terbaru dan yang dikeluarkan pada tahun 2011 yang telah diumumkan seawal bulan April yang lepas. Didalam senarai itu telefon mereka iaitu Xperia Mini Pro tidak disenaraikan sebagai penerima kemaskini, namun SONY memberikan kejutan pada pengguna model itu apabila mengumumkan model berkenaan turut tersenarai didalam penerima kemaskini itu yang sedang dikeluarkan sekarang menurut blog SONY. Pada pemilik telefon Android SONY Xperia Mini Pro, anda boleh memuat turun kemaskini ini menggunakan aplikasi ‘PC companion’ yang boleh dimuat turun di laman sesawang SONY. Sebelum itu untuk memeriksa samada nombor SI telefon anda telah tersenarai, anda dikehendaki memeriksa di laman forum SONY.

Rata-Rata Versi Android Pengguna Adalah Gingerbread, Pengguna ICS Meningkat Ke 7.1%.

Google mengeluarkan data pengunjung Google Play baru-baru ini mendapati pengguna Android ICS ( Ice Cream Sandwich ) telah meningkat ke 7.1% daripada sebelum ini 4.9%. Namun hasil dari perkumpulan data itu juga mendapati masih ramai pengguna yang menggunakan peranti Android dengan versi Gingerbread lagi ( 2.3 hingga 2.3.7 ). Data ini dikeluarkan oleh Google sebagai panduan kepada pembangun aplikasi Android untuk mensasarkan aplikasi mereka kepada pengguna sasaran.

Jadi apakah versi peranti Android anda?. Harap-harap telah dikemaskini ke ICS, sila komen diruangan komen di bawah.

Sumber : Google ( Android Developers )