Semalam kami telah menyiarkan artikel mengenai INTEL yang akan mengumumkan telefon pintar pertama mereka yang menggunakan pemproses INTEL Atom yang akan diumumkan dalam minggu ini. Nampaknya berita tersebut basi dalam satu hari sahaja apabila dikatakan telefon pintar pertama yang menggunakan pemproses INTEL yang akan dikeluarkan ialah Lava Xolo X900 yang akan diedarkan pada 23 April ini. Seperti yang kami sampaikan sebelum ini, telefon Android ini yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat di India hanya akan dipasarkan untuk pasaran India dan dikatakan harganya ialah INR 22,000 iaitu lebih kurang RM1,300. Telefon ini mempunyai skrin 4.03 inci menggunakan pemproses INTEL Atom Z2460 dengan kelajuan 1.6GHz. Versi Androidnya pula ialah 2.3 ( Gingerbread ) yang dikatakan akan dikemaskini ke ICS sedikit masa lagi. Telefon ini juga mempunyai teknologi Intel hyper-threading dan mempunyai teras pemproses grafik dengan kelajuan 400MHz yang menyokong OpenGL, ES2.0 dan OpenVG hasil dari penggunaan pemproses tersebut.


































