All posts in #io12

Ulasan Android 4.1 Jelly Bean Pada Samsung Galaxy Nexus

Screenshot_2012-06-29-13-18-18-570x300

Sudah agak lama saya tidak menulis sebarang artikel di blog ini kerana agak sibuk dengan komitmen tugasan harian, tapi pada hari ini saya meluangkan sedikit masa untuk menulis sedikit ulasan Android 4.1 Jelly Bean pada Samsung Galaxy Nexus. Untuk makluman, kemaskini rasmi Jelly Bean untuk Samsung Galaxy Nexus hanya akan keluar pada pertengahan Julai nanti dan apa yang saya tunjukkan dalam ulasan kali ini cuma versi previu yang diedarkan oleh Google semasa acara Google I/O 2012 baru-baru ini. Saya terpaksa root Galaxy Nexus saya untuk mengemaskini kepada Jelly Bean ini secara manual.

Untuk memudahkan pemahaman pembaca, saya tidak akan mengulas panjang lebar sebaliknya saya akan senaraikan setiap ciri-ciri satu persatu.

Ciri-ciri baru yang terdapat dalam Jelly Bean:

1. Unlock Screen

Google melakukan sedikit modifikasi pada skrin nyah-kunci dalam Jelly Bean, iaitu tambahan menu baru “Google” pada bahagian atas bulatan, ia merupakan shortcut kepada fungsi baru “Google Now” yang akan saya terangkan kemudian nanti. Juga terdapat penambahbaikan terhadap fungsi nyah kunci berasakan muka (face unlock) yang kini mempunyai ciri-ciri untuk mengesan kelipan mata (eye blink) untuk menjadikannya lebih selamat.

2. Google Now

Google Now adalah satu perkhidmatan yang membenarkan anda membuat carian ataupun arahan ringkas dalam bentuk suara melalui peranti anda. Google Now direka supaya lebih memahami kehendak pengguna dengan memaparkan informasi yang berguna berdasarkan masa, lokasi, dan juga sejarah/rekod carian atau penggunaan sebelumnya. Setakat ini fungsi ini belum lagi menyokong penggunaan Bahasa Malaysia, namun berdasarkan percubaan saya ia dapat mengesan hampir 100% tepat arahan-arahan yang saya sebutkan dalam Bahasa Inggeris. Pertanyaan umum seperti “Do I need an umbrella tomorrow?” dan “What is the time now?” dijawap dengan begitu tepat dan pantas.

Sambung baca seterusnya →

#io12 – Nexus Q, Pemain Media Streaming Android.


Nexus Q, sebuah alat penerima pemain media secara streaming turut diperkenalkan pada Google IO semalam. Alat ini berinteraksi dengan telefon Android dan memainkan media dari telefon tersebut. Ianya dapat memainkan video dan muzik dari telefon anda secara terus kepada sistem audio atau skrin yang anda sambungkan pada Nexus Q.

Ianya setakat ini hanya boleh di pra tempah oleh pengguna dari Amerika Syarikat melalui ‘Google Play’ dengan harga USD299 dan ianya akan diedar pada pertengahan Julai.

Berikut disertakan spesifikasi alat ini.

Sambung baca seterusnya →

#io12 – Video ‘Keynote’ Hari Pertama Google IO Telah Dimuat Naik.


Bagi mereka yang tidak berpeluang menonton sesi ‘Keynote’ secara streaming semalam, anda telah boleh melihat rakaman video ‘Keynote’ hari pertama Google IO melalui laman YouTube Google Developers.

Melalui video ini anda akan mendapat informasi mengenai Android ketika ini disamping pengenalan kepada versi terbaru mereka iaitu Android 4.1 ‘Jelly Bean’.

Antara yang dipertontonkan ialah ciri-ciri terbaru Android 4.1 seperti respon yang lebih pantas daripada versi 4.0 ‘ICS’ yang dipertontonkan dengan menggunakan kamera dengan kelajuan mengambil gambar 300 gambar sesaat, penyokongan bahasa baru seperti Arab (jawi) dan Thai, kebolehan penukaran saiz widget secara automatik semasa anda ingin meletakkannya di Home screen dan bermacam-macam lagi. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut anda perlu menonton sendiri video dengan masa 2 jam lebih ini.

 

#io12 – ‘Google Maps’ Untuk Android Menyokong Mod Tanpa Data.


Sebelum ini Google telah mengumumkan versi baru ‘Google Maps’ mempunyai pilihan untuk anda gunakan secara luar talian (Offline). Ianya telah diumum secara rasmi pada Google IO 2012. Ini merupakan sesuatu yang menarik kepada pengguna Android kerana dengan pengenalan ciri ini, anda mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan data ataupun bagi yang tidak mendaftar perkhidmatan data, anda tetap boleh menggunakan aplikasi ini dengan syarat anda dikehendaki memuat turun peta kawasan yang anda inginkan. Contohnya jika anda inginkan peta sesuatu kawasan, anda hanya perlu memuat turun melalui WiFi rumah anda atau WiFi mana-mana restoran mungkin dan gunakannya kemudian. Ianya amat berguna juga jika peranti Android anda hanya menyokong WiFi sahaja, ataupun jika anda ingin ke luar negara dimana ditempat berkenaan anda tidak dapat menggunakan data pada telefon anda. Setakat ini ‘Google Maps’ menyokong 150 buah negara seluruh dunia.

Versi ‘Google Maps’ terbaru ini anda boleh muat turun sekarang di ‘Google Play’ ataupun anda boleh periksa kemaskini aplikasi anda. Hasil ujian kami pada kemaskini aplikasi ini, didapati bagi negara kita nampaknya belum terdapat peta yang boleh dimuat turun. Diharapkan ianya akan menyokong negara kita tidak lama lagi.

Sumber : Google Lat Long Blog

#io12 – Nexus 7 Diperkenal Secara Rasmi, USD199.


Google memperkenalkan secara rasmi tablet Nexus 7 yang pernah diwar-warkan sebelum ini dengan harga USD199 ( lebih kurang RM635 ) untuk versi 8GB pada Google IO yang sedang berlangsung. Pengumuman ini dibuat oleh Hugo Barra. Tablet yang mempunyai skrin bersaiz 7 inci ini menggunakan versi Android terbaru iaitu Android 4.1 ‘Jelly Bean’. Skrinnya bersaiz 1280×800 (HD) dan dikuasakan dengan pemproses cipset Tegra 3 dengan 4 teras dan GPU nya pula mempunyai 12 teras. Jadi keseluruhannya tablet ini mempunyai 16 teras kuasa pemprosesan!. Tablet ini mempunyai spesifikasi yang biasa seperti mempunyai kamera hadapan, WiFi, Bluetooth dan NFC. Ianya dijanjikan dengan masa sedia sehingga 300 jam dan 9 jam masa main video dan seberat 340 gram.

Pada pengumuman ini juga, Google mengumumkan selepas ini anda boleh memuat turun siri tv dan cerita di Google Play. Disamping beberapa pengeluar majalah seperti Hearst, Conde Nast, dan Meredith yang akan turut serta menawarkan majalah mereka pada Google Play.Tablet ini juga menjadi yang pertama akan didatangkan dengan pelayar internet Google chrome.

Tablet ini akan dipasarkan pada pertengahan Julai bagi pengguna di Amerika Syarikat, U.K., Kanada dan Australia.

Sumber : PC Mag