All posts in Jam Android

SONY Smartwatch Di Malaysia.

Artikel ini hanya sebagai pengumuman. Untuk pengetahuan pembaca, SONY Smartwatch iaitu jam tangan Android dari SONY yang pernah kami umumkan sebelum ini untuk pasaran Amerika telah boleh didapati untuk pasaran Malaysia dan juga global menurut laman blog Sony Mobile. Groupon Malaysia mengambil peluang ini menawarkan ianya dengan harga RM399 dalam waktu yang terhad. Jam tangan yang dibeli dalam talian tersebut akan dihantar kepada pengguna bermula 7 Mei ini. Walaubagaimanapun sebenarnya anda juga boleh dapatkan jam tangan ini melalui perkhidmatan jualan atas talian lain seperti dari kedai atas talian didalam lelong.com.my dan juga mudah.my yang kami dapati hasil dari carian kami iannya ditawarkan dengan harga yang  lebih murah. Namun anda dinasihatkan berhati-hati apabila membeli melalui atas talian ini kerana takut pula lain yang dipesan, lesung batu pula yang diterima seperti yang berlaku pada seseorang yang memesan Samsung Galaxy S yang dilaporkan oleh akhbar suatu masa dulu :)

 

Sony SmartWatch, Jam Tangan Sukan Android Dari Sony.

Sebelum ini Motorola telah mengeluarkan jam tangan Android mereka iaitu MOTOACTV yang berkeupayaan melakukan penyegerakkan dengan telefon Android anda, kali ini Sony menyusul dengan turut mengeluarkan jam tangan sedemikian rupa yang diberi nama Sony SmartWatch. Sony SmartWatch mempunyai skrin OLED kecil bersaiz 1.3″ dengan resolusi 128×128 piksel berkebolehan memaparkan mesej, rupa pemanggil malah turut dapat memaparkan pemberitahuan kemaskini Facebook dan juga Twitter pada paparan berkenaan tanpa anda melihat telefon Android anda. Didatangkan dengan pergelangan berwarna hitam, ianya juga mempunyai pilihan warna lain seperti biru, merah jambu, kelabu, hijau muda dan putih yang boleh dibeli berasingan. Unit asas jam tangan ini boleh ditanggalkan dimana ianya  mempunyai klip dibelakangnya dimana anda boleh klipkan pada pakaian atau ‘wristband’ yang disertakan bersama. Walaubagaimanapun jam tangan ini buat masa ini hanya boleh didapati di Amerika Syarikat sahaja. Tidak dinyatakan bila ianya akan sampai ke Malaysia mahupun negara-negara lain. Kepada yang berminat apa kata anda kumpulkan duit anda dahulu ataupun jika anda tidak sabar, beli sahaja melalui internet. Untuk maklumat lanjut sila baca di laman SONY Amerika Syarikat di sini. Sebelum itu kita saksikan video di bawah ini.

MOTOACTV™ – Jam Sukan Android Dari Motorola

Senarai lagu ‘bijak’

Motorola melancarkan MOTOACTV™, sebuah jam sukan berkuasa Android yang amat berguna untuk mereka yang aktif.Ciri-ciri menarik jam Android ini selain ianya berfungsi sebagai pembantu peribadi anda ketika anda melakukan aktiviti anda,ianya merupakan pemain muzik mudah alih dengan ciri-ciri ‘bijak’ seperti mempelajari dengan mengkaji lagu yang mana memberikan impak yang dapat memberikan ‘semangat’ kepada anda sewaktu bersenam dan mengambil data-data tersebut dan menjadikan koleksi lagu itu sebagai ‘senarai main’ anda.Menarik bukan?.

Jam berkuasa android ini merupakan jam tangan dengan ciri-ciri ketahanan istimewa seperti tahan terhadap peluh anda,hujan dan dilengkapi dengan skrin tahan calar (Gorilla Glass).Selain itu jam ini juga menggunakan teknologi  Accusense™ dari motorola yang merekod data senaman anda ke laman web khas mereka untuk produk ini di www.motoactv.com. Tidak cukup lagi?.Untuk pengetahuan anda jam ini juga disediakan dengan radio FM yang sudah pastinya memberi kemudahan untuk anda mendengar stesyen radio kegemaran anda walaupun anda sedang berlari!.

Anda juga boleh menggunakan teknologi Bluetooth untuk menyambungkan jam anda dengan telefon Android anda dan jika ada panggilan masuk,jam anda secara automatik akan memaparkan gambar pemanggil.Jam ini juga menyokong ‘stereo headphones’ bluetooth untuk kemudahan anda selain di datangkan bersama dengan ‘Wireless Sports Headphones’ dengan teknologi terbina dalam sensor yang dapat mengesan denyutan jantung anda.Bagaimanapun jam ini hanya akan berada di pasaran bermula November.
Spesifikasi :
  • Menjejak secara berterusan terhadap aktiviti senaman anda seperti jarak,tahap pembakaran kalori,langkah anda dan peta perjalanan anda dengan kebolehan menyambung/menghantar data terus ke laman web khas MOTOACTV.com
  • 8GB atau 16GB memori
  • Skrin 1.6” warna penuh yang kalis peluh,hujan dan kalis calar teknologi dari Corning® Gorilla® Glass dimana ianya secara automatik mengawal kecerahan skrin mengikut keadaan.
  • Pilihan untuk menyambung ke telefon Android untuk panggilan dan SMS
  • Radio FM
  • Sehingga 5 jam untuk aktiviti bersukan luar,10 jam aktiviti sukan dalam dan masa sedia sehingga 2 minggu.
  • Menyokong Bluetooth® 4.0 and ANT+ wireless
  • Saiz: 46mm x 46mm x 9.6 mm
  • Berat: 35 g

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site