All posts in Kemaskini Android

Dengar-Dengar – ASUS Tablet (Pad) Akan Terima Kemaskini Jelly Bean 4.2.


Sebuah laman web berita Android Netherlands iaitu Planet Android memetik wakil ASUS negara itu telah mengumumkan kemaskini Jelly Bean Android 4.2 akan diterima oleh peranti Asus eepad Transformer Prime TF-201. Model ini merupakan model yang terdahulu sebelum model yang lebih baru iaitu Asus Transformer Pad TF-300 dan Asus Transformer Pad infinity. Ini bermaksud, jika model yang lebih lama mendapat kemaskini berkenaan, kemungkinan besar model yang lebih baru dari Asus itu akan turut menerima kemaskini terbaru berkenaan. Namun tidak dipastikan samada model TF-101 turut akan menerima kemaskini berkenaan.

Beruntunglah pengguna-pengguna peranti Asus ini. Kami akan laporkan jika terdapat berita lebih lanjut mengenai perkara ini.

HTC Memberitahu Bahawa Tidak Ada Kemaskini Jelly Bean Untuk Peranti Dengan RAM 512MB Ke Bawah


Sumber imej: John.Karakatsanis – Flickr

Jikalau anda pemilik peranti HTC, anda mungkin berminat untuk tahu samada peranti anda akan menerima kemaskini Android Jelly Bean 4.1 atau tidak. Nampaknya, HTC kini mempunyai jawapan untuk itu.

Dalam sebuah ruangan FAQ dalam laman web HTC untuk kemaskini Android Jelly Bean 4.1 mereka ada memberitahu spesifikasi yang diperlukan untuk mendapat kemaskini tersebut, dan menyatakan bahawa HTC One X dan HTC One S yang dilancarkan pada 2012 akan menjadi keutamaan mereka untuk mendapat kemaskini Jelly Bean, diikuti pula dengan peranti keluaran 2011 dan seterusnya.

HTC tidak memberi jangkamasa akan bilakah kemaksini penuh tersebut akan diterima kerana mereka ingin memastikan bahawa kemaskini Jelly Bean benar-benar sesuai untuk peranti yang mereka sasarkan, dan terdapat satu fakta yang penting telah ditekankan juga.

“In general, devices with 512MB RAM or less will not be upgraded to Android 4.1. At present, these devices include the HTC One V and the HTC Desire C.”

Sekarang anda sudah tahu manakah peranti yang akan menerima kemaskini Jelly Bean, bagaimanapun HTC ada lagi memberitahu yang masih akan terdapat kemaskini baru untuk peranti tersebut, cumanya, ia bukanlah Jelly Bean.

Apakah komen anda sebagai pemilik peranti HTC mengenai berita ini? Sebuah lagi berita kurang gembira untuk anda hari ini?

Sumber: HTC Android 4.1 Jelly Bean FAQ

Kemaskini Jelly Bean Samsung Galaxy S3 Kini Di Malaysia.


Berita baik untuk pengguna Samsung Galaxy S 3 di Malaysia. Anda kini sudah boleh mengemaskini telefon anda ke versi Jelly Bean Android 4.1.

Antara beberapa peningkatan selain projek butter adalah, anda akan menerima ikon folder baru, kebolehan untuk berhenti sebentar (pause) sewaktu merakam video, Google Now dan pemain video pop up yang boleh diubah saiz. Untuk maklumat lanjut mengenai kemaskini ini sila baca artikel kami sebelum ini.

Untuk mengemaskini telefon anda, sila ke bahagian tetapan (setting) – about devices – software update – update. Jika ianya tidak berjaya anda boleh juga cuba menggunakan KIES.

Terdapat laporan dimana sesetengah pengguna akan mendapat notifikasi yang tertulis seperti gambar di bawah. Kami tidak mengetahui apa sebab sebenar tetapi ada yang mengandaikan mungkin kerana pelayan Samsung sangat sibuk, jadi diminta anda mencuba lagi kemudian.

Kemaskini Jelly Bean HTC One X Kini Di Asia?.


Ada berita yang menyatakan kemaskini Jelly Bean untuk HTC One X kini didalam proses dilepaskan ke pengguna Asia. Ini termasuklah Malaysia. Kepada pemilik model ini, anda boleh memeriksa telefon anda secara manual pada setting untuk kebarangkalian menerima kemaskini ini. Kami telah bertanyakan tentang hal ini kepada HTC Malaysia melalui laman Facebook mereka namun mereka membalas, ianya akan diberitahu kemudian.

Melalui kemaskini bersaiz 352.87MB ini, antaranya ianya akan memberikan telefon berkenaan pengalaman terbaru dari Sense 4+ dimana ianya memberikan skin terbaru untuk UI, peningkatan prestasi, kemaskini galeri dan beberapa ciri baru yang lain.

Kepada pembaca kami yang menggunakan model ini, anda boleh cuba periksa kemaskini tersebut dan sila laporkan kepada kami di ruangan komen di bawah.

Galaxy Nexus GSM Terima Kemaskini Jelly Bean 4.1.2.


Pemilik Galaxy Nexus versi GSM kini boleh memeriksa telefon anda kerana dikatakan kemaskini peningkatan Jelly bean ke versi 4.1.2 telah mula dilepaskan untuk pemilik versi GSM telefon berkenaan. Ini termasuk juga pemilik di negara kita.

Kemaskini berkenaan telah pun dilepaskan untuk pemilik Nexus 7 beberapa minggu lepas. Antara perubahan yang dilakukan adalah kebolehan untuk memusing skrin secara automatik (auto rotation) dan beberapa pembetulan (bug fix).

Untuk para pembaca di Malaysia yang telah menerima kemaskini berkenaan, sila tinggalkan komen anda di bawah.