All posts in Komputer

VIA Umum Papan Induk x86 Menyokong Android

Anda bersedia menerima berita yang akan mengubah sejarah teknologi?.VIA iaitu sebuah syarikat chipset komputer terkenal dari Taiwan mengumumkan telah mencipta papan induk dengan sistem terbina dalam x86 yang dapat menyokong Android dengan bantuan chipset mereka. x86 ialah seni bina cip pemprosesan daripada INTEL yang sebelum ini tidak dapat menggunakan sistem Android.Dengan penemuan ini maka memberikan berita baik kepada kita sebagai pengguna kerana selepas ini harapan untuk melihat ciptaan yang lebih mengagumkan akan ditonjolkan oleh para pengeluar di luar sana dan ianya tidak terhad kepada telefon dan tablet Android sahaja.

VIA menjelaskan dengan penciptaan papan induk ini, ianya dapat digunakan mungkin pada sistem hiburan kereta yang lebih maju dan pintar serta penggunaan pada kiosk-kiosk automatik yang lebih pintar dan mungkin lebih berinteraksi dengan pengguna.

Dengan papan induk ini, pembangun Android dapat menjalankan sistem mereka pada mesin dengan pemproses ( INTEL ) yang lebih pantas dan mesin mereka dapat menyokong resolusi skrin yang lebih besar.Mungkinkah satu hari nanti mesin menjual minuman ringan pun akan turut merasa tempiasnya dan akan dikuasakan Android?.Kita nantikan.Sementara itu untuk mendapatkan gambaran yang lebih lanjut tentang papan induk dari VIA ini, sila tonton video dari laman YouTube mereka di bawah.

Sumber : Slashgear, VIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site