All posts in LG Optimus 2X

LG Umum Secara Rasmi Kemaskini ICS Android Mereka

LG melalui laman Facebook mereka iaitu ‘LG Mobile’ mengumumkan secara rasmi barisan Android dari mereka yang akan disokong dan dikemaskini ke versi Android terbaru mereka iaitu ‘Ice Cream Sandwich’.Antara telefon-telefon Android yang akan dikemaskini ialah :-

  • Optimus 2X
  • Optimus Black
  • Optimus 3D
  • Optimus LTE
Telefon-telefon yang mendapat kemaskini ini ialah telefon yang baru dilancarkan tahun ini dan merupakan telefon kategori ‘High End’ .Mereka juga dikatakan sedang membuat kajian dan akan berusaha untuk  menyenarai model yang lain yang akan turut dimasukkan kedalam senarai kemaskini itu di perancangan akan datang dan dikatakan ianya akan diumumkan pada akhir Disember di laman Facebook mereka.

LG – LG Optimus 2X Akan Dikemaskini Ke ICS ( 4.0 )

Pada minggu lepas, khabar angin telah tersebar yang mengatakan LG Optimus 2X tidak akan di kemaskini ke ‘Ice Cream Sandwich’ ( ICS ),namun berita itu disangkal apabila semalam, laman rasmi ‘LG Mobile’ di facebook mengumumkan telefon Android pertama di dunia bagi kategori pemproses dua teras itu akan dikemaskini ke versi Android terbaru itu.

Ini melegakan para pengguna Optimus 2x yang mengharapkan telefon Android ‘High end’ itu kemaskini.LG turut mengumumkan ia akan mengemaskini versi Android untuk model-model telefon lain dalam barisan keluaran mereka yang akan mereka umumkan nanti kelak.

Sumber - Facebook LG Mobile

LG Optimus 2X Di Celcom

Anda inginkan telefon ‘high end’ Android terkini dengan kuasa pemproses dwi teras?.Anda boleh dapatkannya dari Celcom.Celcom ketika ini telah menawarkan telefon terbaru LG Optimus 2X terbaru pada peminat-peminat Android di Malaysia.Telefon yang ditunggu-tunggu ini ditawarkan dengan harga menarik tanpa kontrak serendah RM 1899 dan dengan kontrak serendah RM 978 !( Satu tamparan hebat kepada pemilik HTC Desire HD seperti saya !).Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Telefon dengan kuasa dwi pemprosesan ini dikatakan antara telefon pertama yang dikeluarkan dengan kuasa pemproses sedemikian rupa.Model lain yang menggunakan kuasa dwi pemproses ialah Samsung Galaxy S2 yang belum dipasarkan lagi di negara kita.Jika anda berminat dengan telefon berkuasa ini dan anda ingin melanggan dengan Celcom, anda boleh rujuk gambarajah plan yang ditawarkan Celcom di bawah atau anda boleh ke laman sesawang Celcom di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site