All posts in LG

LG Menunjukkan Video Optimus Vu

Tidak banyak yang ditunjukkan dalam video ini, cumanya LG ingin memberikan mesej kepada semua bahawa telefon Optimus Vu mereka nanti akan bersaiz nisbah 4:3. Ya, anda tidak tersilap baca, 4:3. Mungkin ia seperti tablet, tapi bersaiz kecil, kita akan tunggu lagi pengumuman baru dari mereka berkenaan Optimus Vu ini, oleh itu.. apa kata pembaca kita mengenai kemunculan telefon pintar baru LG ini?

Sumber: Gizmodo

Tablet Terbaru Dual-Core Lenovo Dengan Paparan 10 Inci Dan Android 4.0

Lenovo telah mengumumkan tablet baru mereka IdeaTab S2 pada majlis CES yang akan bermula nanti. Menariknya mengenai IdeaTab S2 ini adalah, ia merupakan sebuah kombo antara peranti tablet dan juga keyboard, seperti yang kita lihat pada Acer Transformer Prime. Apabila disambungkan kepada dok keyboard, IdeaTab S2 akan mendapat jangka hayat bateri selama 18 jam. Ciri-ciri lain pada IdeaTab S2 adalah termasuk paparan skrin 10 incinya, pemproses dual-core, Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), 3G, Wi-Fi, 1GB RAM, dan ruang storan SSD 64GB. Info lanjut akan kami berikan apabila majlis CES telah bermula nanti.

Sumber: Engadget

LG Dedah TV Google ‘Smart TV’ Dengan 3D HDTV


Walaupun CES 2012 belum lagi berlangsung, LG telah mendedahkan TV Google ‘Smart TV’ terbaru mereka kepada umum. TV dengan kuasa Android ini mempunyai fungsi ‘Cinema 3D’ dimana ianya membolehkan pengguna menonton filem 3D dengan pengalaman 3D seperti panggung wayang kerana TV ini menggunakan kaca mata 3D sama seperti panggung wayang juga dimana ianya tidak menggunakan bateri. Ianya juga dikatakan akan menggunakan paparan pengguna UI yang baru disamping disertakan dengan alat kawalan jauh ‘Magic remote’ dimana alat kawalan tersebut mengandungi butang kekunci QWERTY. Malah TV ini boleh menukarkan video berformat 2D ke 3D hanya dengan satu klik sahaja. Berikut merupakan kenyataan akhbar LG berkenaan TV ini.

“SEOUL, Jan. 6, 2012 — LG Electronics (LG) will introduce its highly anticipated Google TV at the Consumer Electronics Show (CES) in Las Vegas. LG Smart TV with Google TV combines the familiarity of Google’s Android OS with the convenience and comfort of LG’s 3D and Smart TV technologies, offering consumers a new and attractive home entertainment option.
“LG has constantly strived to provide consumers with wider choices in home entertainment that bring the highest level of sophistication and convenience,” said Havis Kwon, President and CEO of LG Electronics Home Entertainment Company. “Through Google TV, LG has merged Google’s established Android operating system with LG’s proven 3D and Smart TV technologies, offering consumers a new and enthralling TV experience.”
LG’s Google TV’s most attractive feature is its ease of use, thanks to the combination of its Android-based user interface and the Magic Remote Qwerty designed by LG. LG’s Google TV’s user interface and main screen have been designed for convenient browsing and content selection. Multi-tasking is also possible, as the search, social networking and TV functions can be run simultaneously. The user interface can be accessed using the Magic Remote Qwerty which combine the user-friendly benefits of LG’s Magic Remote with a QWERTY keyboard.
Equipped with LG’s own CINEMA 3D technology, Google TV provides a home entertainment experience that is immersive, comfortable and convenient. Based on LG’s own Film Patterned Retarder (FPR) technology, CINEMA 3D glasses are battery-free, comfortable and lightweight. The glasses are also very affordable, making LG’s Google TV ideal for viewing by a large group of family and friends when used in 3D mode. And with a single click of the remote, any 2D program or movie can be viewed in 3D, thanks to the built-in 2D to 3D conversion engine.
Alongside Google TV, LG will continue to advance its own Smart TV platform based on NetCast, which will be available in more than 60 percent of LG’s flat panel TVs scheduled for introduction over the coming year. With a growing collection of content and services, LG’s Smart TV platform will continue to provide consumers with a unique user experience.
The first demonstration of LG’s Google TV will take place at the LG Electronics Press Conference on January 9.”

Sumber : Phandroid

LG Mengumumkan Telefon Baru, LG Prada 3.0

LG telah melancarkan telefon pintar baru mereka semalam di London iaitu LG Prada 3.0, yang menjanjikan rekabentuk yang eksklusif dan bergaya kepada pengguna.

Telefon ini telah dihasilkan dengan usahasama LG dan syarikat fesyen tersebut, untuk memastikan pemilik bukan sahaja melihat telefon ini sebagai anggun, malah spesifikasi didalamnya juga memiliki prestasi yang terbaik. Sesuatu yang istimewa mengenai LG Prada 3.0 ini adalah, cover di bahagian belakang menggunakan sejenis kulit khas yang kelihatan seperti plastik yang dinamakan sebagai Saffiano.

Spesifikasi

Dimensi Saiz: 127.5 x 69 x 8.5 mm
Jenis Paparan: IPS LCD kapasitif skrin sesentuh, 16 juta warna
Saiz Peranti: 480 x 800 piksel, 4.3 inci (~217 ppi kepadatan piksel)
Processor: Dual-core 1 GHz Cortex-A9, TI OMAP 4430, PowerVR SGX540
OS: Android OS, v2.3 (Gingerbread)
Memori Dalaman: Storan 8 GB
Slot Kad Memori: microSD, sehingga 32GB
Kamera (Belakang): 8 MP, 3264×2448 piksel, fokus auto, LED flash
Kamera (Hadapan): 1.3 MP
Video: 1080p@30fps
Fungsi Lain (Kamera): Geo-tagging
Bateri: Lithium-Ion 1540 mAh
Kelajuan Data: HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi hotspot
Bluetooth: Versi 3.0 dengan A2DP
USB: microUSB versi 2.0

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini anda boleh lihat lebih banyak info spesifikasinya di GSMArena. Telefon ini juga dipakejkan dengan beberapa aksesori yang menarik, antaranya adalah headphones dan alat pendengaran bluetooth, yang anda boleh lihat dari gambar di bawah.

Continue reading →

LG Umum Secara Rasmi Kemaskini ICS Android Mereka

LG melalui laman Facebook mereka iaitu ‘LG Mobile’ mengumumkan secara rasmi barisan Android dari mereka yang akan disokong dan dikemaskini ke versi Android terbaru mereka iaitu ‘Ice Cream Sandwich’.Antara telefon-telefon Android yang akan dikemaskini ialah :-

  • Optimus 2X
  • Optimus Black
  • Optimus 3D
  • Optimus LTE
Telefon-telefon yang mendapat kemaskini ini ialah telefon yang baru dilancarkan tahun ini dan merupakan telefon kategori ‘High End’ .Mereka juga dikatakan sedang membuat kajian dan akan berusaha untuk  menyenarai model yang lain yang akan turut dimasukkan kedalam senarai kemaskini itu di perancangan akan datang dan dikatakan ianya akan diumumkan pada akhir Disember di laman Facebook mereka.

Dengar-Dengar – LG Akan Perkenal TV Google Pada CES 2012

Selepas kegagalan Logitech dengan Revue nya ( Tidak pernah memasuki Malaysia pun alat ni ),yang merupakan sejenis pemain untuk menjadikan set TV anda Google TV menyebabkan ramai yang berfikir projek Google TV akan gagal.Namun selepas Logitech mempersalahkan Google di dalam kegagalan ini,LG dikatakan memberi sokongan untuk meneruskan projek tersebut.LG merupakan pengeluar televisyen kedua terbesar dunia dikatakan akan memperkenalkan set Google TV mereka pada CES 2012 nanti yang akan berlangsung pada bulan Januari.

Samsung juga dikatakan didalam peringkat rundingan dengan Google untuk menghasilkan produk Google TV juga.

Kita tunggu dan saksikan samada berita ini benar atau tidak pada CES 2012 yang akan berlangsung pada Januari 2012 nanti.

Sumber : Bloomberg

LG – LG Optimus 2X Akan Dikemaskini Ke ICS ( 4.0 )

Pada minggu lepas, khabar angin telah tersebar yang mengatakan LG Optimus 2X tidak akan di kemaskini ke ‘Ice Cream Sandwich’ ( ICS ),namun berita itu disangkal apabila semalam, laman rasmi ‘LG Mobile’ di facebook mengumumkan telefon Android pertama di dunia bagi kategori pemproses dua teras itu akan dikemaskini ke versi Android terbaru itu.

Ini melegakan para pengguna Optimus 2x yang mengharapkan telefon Android ‘High end’ itu kemaskini.LG turut mengumumkan ia akan mengemaskini versi Android untuk model-model telefon lain dalam barisan keluaran mereka yang akan mereka umumkan nanti kelak.

Sumber - Facebook LG Mobile

LG Optimus 2X Di Celcom

Anda inginkan telefon ‘high end’ Android terkini dengan kuasa pemproses dwi teras?.Anda boleh dapatkannya dari Celcom.Celcom ketika ini telah menawarkan telefon terbaru LG Optimus 2X terbaru pada peminat-peminat Android di Malaysia.Telefon yang ditunggu-tunggu ini ditawarkan dengan harga menarik tanpa kontrak serendah RM 1899 dan dengan kontrak serendah RM 978 !( Satu tamparan hebat kepada pemilik HTC Desire HD seperti saya !).Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Telefon dengan kuasa dwi pemprosesan ini dikatakan antara telefon pertama yang dikeluarkan dengan kuasa pemproses sedemikian rupa.Model lain yang menggunakan kuasa dwi pemproses ialah Samsung Galaxy S2 yang belum dipasarkan lagi di negara kita.Jika anda berminat dengan telefon berkuasa ini dan anda ingin melanggan dengan Celcom, anda boleh rujuk gambarajah plan yang ditawarkan Celcom di bawah atau anda boleh ke laman sesawang Celcom di sini.

Celcom Membawakan LG Optimus 2x

Celcom di laman rasminya telah memaparkan iklan yang menunjukkan mereka akan membawa telefon Android dengan dua teras yang mungkin menjadi yang pertama di Malaysia kelak iaitu LG Optimus 2x.Jika ini berlaku Celcom akan melonjakkan carta Android di Malaysia dengan tawaran telefon tersebut.

Telefon Android dengan skrin bersaiz 4 inci ini dilengkapi dengan pemproses 2 teras ARM Cortex A9 terbaru dari Nvidia berkelajuan 1GHz dan pemproses grafik 8 teras berkuasa dengan kebolehan paparan dual skrin dengan sambungan menggunakan kabel HDMI ke TV LCD anda.

- Celcom -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site