All posts in maxis

Maxis Perkenal Pakej Data Baru Untuk Telefon Pintar

Maxis kini menawarkan pakej yang lebih baru bagi pengguna mereka apabila memperkenalkan pakej ‘Internet Value Plans’ yang ditujukan bagi pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan data pada telefon pintar mereka. Pakej baru ini adalah turutan daripada pakej yang mereka telah tawarkan terlebih dahulu pada awal tahun ini iaitu pakej ‘ Value Plus Internet’ .

Apa yang membezakan pakej baru ini daripada pakej lama ‘Value Plus Internet’ ialah pakej yang baru diperkenalkan ini memberikan pengguna kuasa akses kepada data dengan lebih banyak iaitu serendah 1.5GB untuk RM50 dan juga 3.5GB untuk bulanan RM75. Manakala pakej sedia ada pula iaitu pakej ‘Value Plus Internet’ tetap ditawarkan kepada pengguna juga. Apa yang ketara membezakan kedua-dua pakej ini selain kadar akses data ialah pakej baru ini tidak datang bersama sms dan panggilan percuma. Untuk maklumat lanjut sila ke Maxis Mobile Internet

Samsung Galaxy S 2, HTC Sensation,Kini Di Maxis!

Semalam bertempat di Midvalley Mega Mall, Maxis telah melancarkan model telefon Android terbaru dibawakan mereka iaitu Samsung Galaxy S 2.Walaupun telefon tersebut dijadualkan dilancarkan oleh Maxis pada pukul 3 petang, dikatakan ramai peminat datang seawal 3 pagi bagi mendapatkan harga tawaran hebat dari Maxis.Klik ‘Baca Selanjutnya’ untuk berita penuh.

Maxis, pemilik hak rasmi sebagai syarikat telekomunikasi yang pertama dapat membawakan telefon tersebut di Malaysia dikatakan menawarkan telefon tersebut dengan harga RM799!(kontrak 24 bulan dengan plan value plus dan data 3GB).Namun telefon tersebut hanya di tawarkan dengan harga tersebut terhad kepada 300 pengunjung pertama di Midvalley Megamall centre court pada semalam sahaja (22 Jun 2011)sahaja.Namun jika anda terlepas untuk ke Midvalley semalam, anda boleh juga mendapatkannya di Maxis store berdekatan anda dengan pakej yang disediakan.Untuk maklumat lanjut sila ke laman sesawang mereka di sini.

Selain daripada itu Maxis juga turut menawarkan telefon android lain yang juga merupakan telefon dengan pemproses dua teras juga iaitu HTC Sensation.HTC sensation merupakan model terbaru dari HTC.

Kedua-dua telefon dengan kuasa pemprosesan dua teras ini boleh didapati dari Maxis.

Motorola XOOM, Ke Maxis May Ini.

Maxis mengeluarkan kenyataan akhbar secara rasmi pada hari ini ( 28 May ), tentang tablet Android yang di tunggu-tunggu oleh peminat Android Di Malaysia iaitu Motorola XOOM.Klik ‘Baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Motorola XOOM ialah tablet Android pertama yang di pilih oleh Google/Android bagi membawakan kemaskini terbaru Android honeycomb 3.0 yang dikatakan dicipta khas untuk tablet.Sebelum ini Google telah memilih Nexus One dari HTC dan Nexus S dari Samsung dan kini tiba giliran Motorola pula di beri penghormatan membawakan kemaskini terbaru mereka.

Motorola XOOM yang ditawarkan oleh Maxis ini dikatakan versi WiFi dan ianya ditawarkan bersama-sama Motorola Defy dengan harga RM 2499 untuk kedua-dua gadget Android ini.Namun tawaran ini hanya bagi tempoh yang terhad bermula 6 Mei sehingga 22 Mei 2011.Tablet berkuasa 1GHz dwi teras ini dikatakan akan menyaingi I Pad dengan ciri-ciri yang lebih menarik antaranya sokongan Flash Player 10.2,kuasa RAM 1GB,pemprosesan berbilang yang sebenar ( multitask ) dan kamera hadapan 2 Megapiksel.Untuk informasi selanjutnya sila rujuk di cawangan Maxis berhampiran. 

- Kenyataan Akhbar Maxis - 

Maxis – Pra Pendaftaran Bagi XOOM Dan HTC Tablet Di Buka Sekarang!

Maxis telah mengumumkan pembukaan pra pendaftaran bagi tablet Android terbaru yang bakal di edarkan mereka kepada pengguna yang berminat di laman sesawang mereka.Dua tablet terbaru itu yang merupakan dari HTC iaitu HTC Flyer dan dari Motorola iaitu XOOM.Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Motorola XOOM yang digembar gemburkan merupakan penanda aras bagi tablet Android yang merupakan tablet pertama yang dikuasakan dengan OS Android 3.0 (Honeycomb) yang merupakan OS yang dicipta untuk tablet oleh Android.Tablet dari Motorola ini dikuasakan dengan pemproses Dwi teras berkuasa 1GHz dengan skrin bersaiz 10 inci dengan berat 730g.Manakala HTC Flyer merupakan tablet dari HTC dengan skrin yang lebih kecil iaitu skrin 7 inci dengan berat hanya 420g.Ia menggunakan pemproses berkuasa 1.5GHz.

Jika anda berminat dengan kedua-dua atau salah satu dari tablet yang akan ditawarkan Maxis tersebut, sila mendaftar di laman web Maxis

Selain daripada tablet diatas, Maxis juga sudah menawarkan tablet Ideos S7 dan Tablet dari Samsung iaitu Galaxy Tab.Maxis juga setakat ini telah menambah koleksi telefon Android terbaru di dalam barisan telefon Android yang ditawarkan mereka.Antaranya ialah Sony Ericsson Xperia Arc,HTC Desire S dan Nexus S.

Ideos S7

Android Maxis,Kini Tawar Motorola Charm Dan Motorola Flip Out.

Lama tidak menjengah ke laman web Maxis,Maxis telah menawarkan beberapa telefon Android selain tablet Samsung Galaxy yang diberi hak ekslusif oleh Samsung sebelum ini.Antara telefon terbaru yang di tawarkan ialah Motorola Charm dan Motorola Flip out.Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Motorola Charm
Motorola Flip Out

Motorola Charm dan Motorola Flip Out ialah telefon yang mempunyai papan kekunci fizikal QWERTY.Bezanya ialah Motorola Flip Out mempunyai papan kekunci yang boleh disembunyikan (Flip in/out) manakala Motorola Charm mempunyai papan kekunci yang sedia ada seakan-akan Blackberry.Kedua-duanya mempunyai resolusi skrin yang sama (320×240) dengan saiz 2.8 inci.Motorola Charm dilengkapi dengan skrin Gorilla yang terkenal dengan tahan lasaknya seperti yang di pakai pada Dell Streak.Kedua-dua telefon ini menggunakan pemproses TI OMAP3410 dengan kelajuan 600MHz dikuatkan lagi dengan platform Android 2.1.Motorola Charm ditawarkan dengan harga RM 1399 manakala Motorola Flip Out RM 1299 dan sudah tentu Maxis turut menyediakan pakej istimewa bagi telefon Android ini.Untuk maklumat pakej sila ke laman web Maxis dan untuk maklumat lanjut dan spesifikasi penuh telefon ini sila klik link Maxis di bawah

Motorola Flip Out -
Motorola Charm -



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site