All posts in nexus prime

Samsung Galaxy Nexus ( Nexus Prime ) Di Umumkan!

Samsung telah mengumumkan secara rasmi telefon kerjasama dengan Google yang terbaru iaitu Samsung Galaxy Nexus yang sebelum ini di war-warkan sebagai Nexus Prime.

Di dalam petikan media dari pihak Samsung, telefon ini diumumkan sebagai telefon pertama di dalam dunia yang menggunakan versi Android terbaru iaitu Android 4.0 Ice Cream Sandwich selain menggunakan skrin 4.65 inci HD Super AMOLED yang beresolusi 720p yang terbukti sebagai skrin yang paling berkualiti dari Samsung.Apa yang menarik telefon ini juga menggunakan teknologi baru mengesan muka pengguna sebagai cara untuk mengaktifkan skrin ( unlock screen ).Selain daripada itu ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri sebelumnya yang telah di pertingkatkan antaranya multitasking,notifications,WIFI hotspot, Sokongan NFC dan pengalaman penuh melayari internet.Ia juga menjanjikan pengalaman penuh sebagai telefon ‘Pure Google’ dimana para pemiliknya akan menjadi yang pertama menerima kemaskini dipertingkatkan dari Android (Google).

Telefon ini dikatakan akan berada USA,Eropah dan Asia bermula November dan seterusnya ke seluruh dunia.

Berikut merupakan spesifikasi rasmi dari Samsung dan anda boleh membaca petikan sidang media Samsung di sini.

Kemaskini Ice Cream Sandwich ( Paparan Sklrin ! )

Sebuah laman sesawang Romania telah memaparkan ‘paparan skrin’ yang dikatakan merupakan kemaskini terbaru Android iaitu versi 4.0.Saksikan beberapa paparan dari laman tersebut.Ia dikatakan diambil daripada paparan skrin Nexus Prime yang merupakan telefon Google terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi.Di Youtube juga telah tersebar sebuah video yang dikatakan paparan kemaskini terbaru itu yang dimuat di dalam telefon Android Nexus prime.Saksikan video tersebut dengan klik “baca selanjutnya”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site