Facebook dan aplikasi dari Google seperti Gmail dan Android Market adalah aplikasi yang paling popular di kalangan pemilik Android yang berumur 18 tahun keatas di Amerika Syarikat, menurut penyelidikan terbaru dari Nielsen dalam kajian selidik penggunaan telefon pintar.
Nielsen telah menganalisis penggunaan data dari daripada beribu-ribu pengguna dalam tempoh 30 hari yang lalu yang bersetuju untuk menjadi sebahagian dari penyelidikan berterusan data Smartphone Analytics.

Aplikasi Facebook adalah yang paling aktif di kalangan pengguna Android yang berumur 18-24 tahun dan 25-34 tahun, dan ianya mencapai hingga 80 peratus pengguna aktif. Selain itu, lebih daripada tiga suku pengguna berumur 35-44 baru menggunakan aplikasi ini.
Aplikasi dari Google, YouTube mendapat penggunaan aktif dari pemilik yang berumur 18 -24 tahun, berbanding dengan 56 peratus dan 51 peratus daripada mereka yang berumur 25-34 dan 35-44 tahun. Manakala bagi permainan Angry Birds pula, sebanyak 35 peratus daripada mereka yang berumur 35-44 tahun telah bermain permainan tersebut dalam kajian 30 hari yang lalu, manakala hanya 22 peratus daripada mereka yang berumur 18-24 tahun dan 29 peratus bagi mereka yang berumur 25-34 tahun telah menggunakannya.
Dan sebuah lagi aplikasi media sosial Google+ telah mendapat pengguna aktif dari mereka yang berumur 25 tahun keatas jika dibandingkan dengan mereka berumur 18-24 tahun.
Sumber: Nielsen





























