
Sejak pertama kali ia diperkenalkan pada acara CES 2013 yang lepas, NVIDIA Shield adalah pilihan utama kami untuk peranti konsol permainan selepas Sony PSP. Bayangkan anda mempunyai peranti yang dikuasai Android, kemudian ditambah lagi dengan keupayaan untuk bermain permainan yang berkualiti tinggi, NVIDIA Shield adalah sebuah ciptaan peranti yang sangat diidamkan pemain permainan video seluruh dunia.
Untuk video hari ini kami mahu menunjukkan bagaimana NVIDIA Shield mampu untuk menjalankan permainan PlayStation 3 kepada konsol ini. Tajuk permainan tersebut adalah Burn Zombie Burn!, mungkin bukan sebuah tajuk yang popular dikalangan pemain, tetapi bayangkan seketika, sebuah permainan, yang dibina dari sistem PS3, yang pastinya dikuasai oleh perkakasan tinggi untuk memproses grafik berkualiti tinggi, mampu dijalankan pada sebuah peranti yang sebesar tangan anda.
Saksikan video dibawah ini.
Jadi anda telah lihat, kemampuan NVIDIA Shield untuk menjadi konsol permainan Android yang berkuasa tinggi, video tersebut mungin pendek, atau mungkin sangat sangat pendek, tapi yang pastinya peranti tablet anda atau telefon pintar anda kini tidak perlu dimasukkan permainan lagi, kerana apabila anda ada peranti ini, anda boleh menjimat banyak ruang storan dalaman telefon pintar atau tablet anda untuk kegunaan seharian.







































