Panasonic Eluga, sebuah telefon Android dari Panasonic yang baru saja dilancarkan di Jerman. Anda jangan memandang serong dengan bunyi nama model ini yang agak pelik kerana telefon Android ini mempunyai ciri-ciri ‘wow!’ yang tiada pada telefon Android lain. Ini kerana telefon ini merupakan telefon Android yang kalis air dan habuk. Mungkin anda pernah terbaca telefon Android daripada G-Shock sebelum ini, namun telefon Android dari Casio itu belum berada di pasaran malah belum ada lagi berita selanjutnya mengenainya. Namun bagi model Panasonic Eluga ini ianya memang sudah dilancarkan dan sudah berada di pasaran, tetapi malangnya bukan berada di pasaran Malaysia tetapi pasaran Jerman dan akan berada di pasaran united Kingdom sedikit masa lagi.
Telefon Android Panasonic Eluga ini menggunakan kuasa pemprosesan 1.5 GHz dua teras dengan 1GB RAM. Mempunyai kebolehan menambah kad memori dengan sokongan sehingga 32GB, ianya turut disertakan dengan memori dalaman 8GB. Selain daripada itu ianya disertakan dengan teknologi NFC. Skrinnya bersaiz qHD 4.3 inci skrin IPS dengan resolusi 960 x 540 piksel, dengan kamera 8 Megapiksel dan bateri 1,800 mAh. Dikatakan telefon ini telah diuji dengan memasukkan ianya ke dalam air sedalam 1.5 meter selama 30 minit. Jangan cuba-cuba untuk memasukkan telefon Android anda ke dalam air seperti Panasonic Eluga ya?
.
Sumber : PocketDroid








