All posts in Pembangun

Program Pembangun Aplikasi Oleh Samsung

Nampaknya bukan sahaja Google mula menyediakan tempat latihan bagi para pembangun aplikasi Android, malah pihak Samsung juga bakal menyediakan program khas bagi membantu para pembangun menghasilkan aplikasi yang sempurna untuk platform Android dan Bada (?!) yang dinamakan sebagai program Samsung Developers.

Dengan kemunculan banyak syarikat penghasil telefon pintar memberikan tunjuk-ajar dan bantuan kepada para pembangun, kita bakal melihat banyak aplikasi dan permainan yang bermutu dan cantik dalam rekabentuk di masa hadapan nanti.

BTW, gadis dalam video itu cantik giler kan?

Google Melancarkan Pusat Latihan Bagi Pembangun Aplikasi Android

Sumber Imej: reo.matsumura (Flickr)

Laman web Android Developers sentiasa menjadi portal untuk mendapat sebarang pengetahuan dalam membangunkan aplikasi Android. Disitulah tempat anda memuat turun SDK, membaca pengumuman tentang pembangunan dan menerbitkan aplikasi anda sendiri. Bermula hari ini, laman web Android juga akan menyediakan tempat latihan untuk para pembangun aplikasi mereka.

Reto Meier, Ketua Perhubungan Teknologi Pembangun Android mengumumkan, Android Training akan menjadi pusat koleksi latihan dalam talian percuma yang bertujuan membantu pembangun dengan pelbagai pertanyaan dan penyelesaian dalam membangunkan aplikasi untuk Android. Latihan mereka sediakan meliputi rekaan antaramuka untuk skrin, mendapatkan pendapatan dari aplikasi anda, dan pelbagai lagi topik-topik yang disediakan.

Reto Meier berkata yang mereka ingin memberikan tunjuk ajar yang betul kepada para pembangun, dan mengharap agar pembangun (terutamanya yang masih baru) dapat melihat ini sebagai pusat pendidikan mereka dalam mula membelajari pembangunan sesebuah aplikasi. Untuk melihat pelbagai latihan yang telah pasukan Android sediakan, pergi ke bahagian Android Training sekarang untuk info yang lebih lanjut lagi.

Sumber: Android Developers Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site