Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

All posts in PSP Android

Xperia Play, Gambar Rasmi Dari Sony Ericsson

Laman Facebook rasmi Sony Ericsson hari ini memaparkan gambar rasmi telefon Android mereka yang akan datang iaitu Xperia Play yang dijangkakan akan mendapat sambutan hangat dari pengguna Android dan peminat permainan video mudah alih.Saksikan gambar-gambar tersebut yang di ambil dari laman Facebook.

Xperia Play di facebook

Sony Ericsson Xperia Play Di Umum 13 Februari

Berita baik kepada peminat PSP,sony akan melancarkan secara rasmi telefon Android PSP mereka yang dikenali sebagai Xperia Play pada 13 Februari ini.Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Setelah selama ini kita di hujani berita-berita tidak rasmi dan kebocoran informasi dan gambar yang tidak di sahkan sendiri oleh Sony ericsson,akhirnya laman Facebook Sony Ericsson menyiarkan informasi tentang pelancaran telefon yang ditunggu oleh peminat-peminat Android dan Play Station Portable.Apabila dilancarkan kelak, ianya akan menjadi satu-satunya telefon Android yang didekasikan kepada peminat permainan video secara mudah alih.Berikut merupakan video ‘teaser’ dari Sony Ericsson tentang telefon berkenaan.


Video, Gambar ‘Bocor’ Terbaru Playstation Phone aka Xperia Play.

Kita belum mendengar apa-apa berita secara rasmi dari pihak Sony Ericsson tentang telefon PSP mereka melainkan mereka akan mengumumkan tentangnya pada bulan hadapan di Mobile World Congress.Namun bagaimanapun terdapat kebocoran video terbaru tentang telefon itu di laman Youtube.

Kebocoran spesifikasi telefon :

  • Prosesor 1 GHz Scorpion dengan kemampuan grafik dari Adreno 205 GPU
  • Skrin bersaiz 4″ ke 4.2″
  • Kamera 5 MP
  • Bateri 1500 mAh
  • Platform Android 2.3 (Gingerbread)
  • Headphone jack 3.5mm
  • Sokongan memori kad Micro SD
  • Sambungan micro USB
  • Volume rocker
  • Butang sama seperti pada PSP


Namun telefon yang dikatakan Telefon Android PSP ini tiada kesahihannya lagi selagi tidak diumumkan oleh Sony sendiri.Selagi itu anda boleh membuat kesimpulan anda sendiri,Saksikan video dari laman Youtube tentang telefon tersebut di bawah ini.


Video Youtube Telefon Android PSP,Tak Percaya Lagi?…

Selepas beberapa berita khabar angin yang kedengaran tentang Sony Ericsson yang akan mengeluarkan PSP Android (Zeus), dikuatkan lagi dengan gambar-gambar ‘bocor’ yang beredar di blog-blog Android,kali ini laman Youtube seorang pengguna yang menggunakan nama samaran xxmajstor memaparkan video rakaman telefon tersebut.Adakah benar ini telefon PSP Android yang bakal dikeluarkan oleh Sony Ericsson nanti?.Saksikan video tersebut selepas anda klik ‘baca selanjutnya’.