All posts in Samsung Galaxy Note

Samsung Galaxy Note Akan Mendapat Kemaskini Premium Suite Terbaru Dengan Ciri Dwi-Tetingkap

samsung-galaxy-note

Pada bulan November lepas, model Samsung Galaxy Note yang asal telah mendapat kemaskini “premium suite” pertama mereka yang dibekalkan dengan Android versi 4.0 Ice Cream Sandwich dan aplikasi baru TouchWiz. Hari ini, Samsung telah mengesahkan bahawa kemaskini yang kedua premium suite akan tiba pada peranti tersebut tidak lama lagi.

Kenyataan yang muncul dari laman web Samsung Galaxy Note telah memberitahu bahawa kemaskini terbaru itu akan membawakan Android versi 4.1 Jelly Bean dengan ciri dwi-tetingkap (multi-window), pop-up video/pelayar-web/aplikasi nota, nota foto/bingkai foto, klip pemudah, paper artist, S Planner dan apikasi emel. Tambahan lain dalam kemaskini tersebut termasuklah beberapa ciri dalam Android Jelly Bean seperti Google Now dan Project Butter.

Tidak ada sebarang maklumat lanjut mengenai bilakan tarikh sebenar kemaskini premium suite ini akan keluar. Tapi dengan kedatangan kemaskini Android 4.1.2 Jelly Bean keatas beberapa peranti, dan kedatangan acara CES dan MWC lagi, kami menjangka Samsung tidak akan mengambil masa yang lama untuk melancarkan kemaskini baru ini keatas peranti Galaxy Note versi yang pertama mereka.

Sambung baca seterusnya →

Jelly Bean 4.1.2 Untuk Galaxy Note Semakin Hampir, Versi Ujian (Mexico) Kini Boleh Didapati.

note
Kami menerima banyak persoalan dari para pembaca yang bertanya mengenai kemaskini Jelly Bean untuk Galaxy Note versi pertama yang dikatakan akan turut menerimanya. Samsung sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan ianya akan turut menerimanya pada tahun ini. Namun tidak diberikan tarikh sebenar kemaskini berkenaan. Ianya menjadi lumrah para pengeluar Android untuk tidak memberikan tarikh yang spesifik. Namun kita boleh andaikan kemaskini berkenaan semakin hampir jika versi ujian kemaskini berkenaan mula tersebar di internet dan boleh digunakan oleh pengguna yang tidak sabar menunggu ianya dilepaskan secara rasmi.

Dalam kes ini dikatakan versi ujian yang lebih baru bertarikh 30 November 2012 untuk kemaskini Android Jelly Bean 4.1.2 Galaxy Note  telah beredar di Internet. Sebelum ini telah tersebar versi ujian bagi Jerman di arena web yang bertarikh 20 november. Namun versi yang terbaru ini dikatakan versi syarikat telekomunikasi Mexico iaitu Tel Cel. Untuk itu ianya turut terkandung beberapa aplikasi dari syarikat berkenaan (bloatware). Ianya tidak menjadi masalah kepada mereka yang tidak sabar-sabar ingin menggunakannya sebagai percubaan atau ingin menjadi antara yang pertama mencubanya.

Antara ciri-ciri atau perubahan yang dilakukan di dalam kemaskini ini ialah :

- Android 4.1.2 – JZO54K
- Prestasi lebih lancar dan stabil (Project Butter)
- Multi-View (Multiwindow, multitasking sama seperti Note 2)
- Multi-View boleh di tutup
- Ripple Effect pada lock screen
- Page Buddy
- Notification Panel boleh di sesuaikan
- Penambahan baru pada Notification Panel
- Smart Rotation (Paparan skrin mengikut pandangan/wajah anda)
- swype
- Samsung Cloud
- Direct Call, Smart Stay dan Pop-up Play
- Widget baru dari Galaxy S III
- 2 mod Home screen
- Notifications bar yang baru
- Google Now
notejb412
Berikut sedikit info mengenai kemaskini yang terdedah ini :
Sambung baca seterusnya →

Lagi Bukti Mungkin Ada Variasi Note Dengan Skrin 7 Inci.


Keputusan ujian terbaru penanda aras Nenamark2 pula muncul memaparkan dan mangukuhkan berita-berita sebelum ini mengenai bakal munculnya variasi Galaxy Note terbaru. Seperti yang diketahui, keluarga Note dikenali dengan nombor model berawalan GT-N**** . Contohnya bagi Galaxy Note, nombor modelnya adalah GT-N7000, manakala Note 2 pula adalah GT-N7100. Untuk Note 10.1 pula adalah GT-N8000.

Hasil ujian yang dipaparkan oleh laman web Nena.se menunjukkan ianya adalah hasil ujian yang dilakukan ke atas peranti Android dengan nombor model GT-N5100. Antara lain spesifikasi yang turut dipaparkan adalah resolusi skrinnya yang bersaiz 1280×720 piksel, pemproses empat teras dengan kelajuan 1.6Ghz, GPU Mali-400 dan datang dengan versi Android 4.1.2.

Kebarangkalian yang boleh diambil di sini adalah, jika hasil ujian ini adalah benar, kemungkinan besar akan wujud satu variasi baru Galaxy Note dari Samsung yang mempunyai saiz skrin yang berlainan berdasarkan nombor model berkenaan yang berlainan dari model-model Galaxy Note sebelumnya. Tetapi yang menjadi persoalan di sini, berapakah saiz skrin peranti berkenaan?. Rata-rata menyatakan ianya akan bersaiz 7 inci berdasarkan kebiasaan peranti-peranti android yang lain, atau mungkinkah Samsung akan mengeluarkan peranti dengan saiz skrin berbeza pula? pendapat anda?.

Acara ‘Samsung Mobile Unpacked 2012′ Secara Langsung.

Tinggal sehari lebih untuk acara ‘Samsung Mobile Unpacked 2012′ yang akan diadakan di Berlin, Jerman. Samsung menyediakan pancaran secara langsung ( Live Streaming ) untuk semua yang ingin mengikuti acara tersebut tetapi tidak berpeluang ke sana. Untuk pengetahuan pembaca, Samsung akan memperkenalkan telefon terbaru dari mereka iaitu Samsung Galaxy Note 2 pada acara tersebut disamping acara tahunan IFA yang turut diadakan di sana. Dikatakan mereka juga akan membuat pengumuman kemaskini Jelly Bean juga bagi Samsung Galaxy S3 di sana.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti acara tersebut secara langsung, kami sertakan pautan di bawah dan anda boleh periksa pautan tersebut lebih kurang pukul 1:00 pagi ( 30 Ogos 2012 ) nanti untuk mengikuti acara tersebut yang akan diadakan pada jam 7:00 malam waktu Berlin, Jerman.

Pautan secara langsung ( Sila klik ) : Samsung Tomorrow TV

Jelly Bean Versi BETA Untuk SGS 3, SGS 2 & Galaxy Note Turut Terima JB.


Kita telah mendengar sebelum ini dikatakan Samsung telah memulakan ujian Jelly Bean untuk SGS 3. Namun tidak terdapat pula kebocoran firmware ujian tersebut kepada khalayak umum jika ianya benar dan sekaligus dapat mengesahkan berita berkenaan. Namun ianya kini menjadi kenyataan apabila ianya telah dibocorkan oleh Sammobile dan boleh didapati untuk di muatkan ke dalam telefon berkenaan. Namun firmware ini adalah versi BETA dan merupakan firmware peringkat ujian yang pertama dahulu. Kami bersependapat dengan Sammobile menasihatkan anda supaya tidak memuatkan firmware ini pada SGS 3 anda dan lebih baik anda bersabar dan menunggu sahaja sehingga hujung bulan ini iaitu pada hari yang sama pelancaran Samsung Galaxy Note 2 iaitu pada 29 Ogos kerana menurut Sammobile, ianya akan di lepaskan secara rasmi kepada pemilik model berkenaan.

Sambung baca seterusnya →