
Sebelum ini kami telah mengeluarkan artikel mengenai dua ciri terbaru pada Samsung Galaxy S4 yang terbocor di arena web. Hari ini Sammobile mengesahkan berita berkenaan apabila memaparkan gambar skrin bahagian tetapan pada antaramuka (UI) terbaru TouchWiz Nature UX 2.0 Samsung galaxy S3 kemaskini 4.2.1 yang terbocor.
Paparan bahagian tetapan ini menurut Sammobile di ambil dari Samsung Galaxy S3 dengan kemaskini terbaru dari Samsung iaitu versi Android 4.2.1 yang akan tiba sedikit masa lagi yang kami jangkakan selepas pelancaran Samsung Galaxy S4 nanti. Dari paparan yang ditunjukkan memaparkan ciri Smart Scroll dan Smart Pause memang turut hadir pada Samsung Galaxy S3 nanti sekaligus mengiyakan kehadirannya pada Samsung galaxy S4 nanti melalui penggunaan antaramuka TouchWiz Nature UX 2.0.
Berdasarkan gambar, ciri Smart Scroll difahami mengesan pergerakan kepala anda turun dan naik sewaktu memandang skrin telefon anda. Seterusnya ianya akan menggerakkan paparan pada skrin samada keatas atau kebawah. Antara aplikasi yang menyokong fungsi ini adalah Chrome, emel, Gmail dan Internet (Pelayar).



































