Ada laporan dari sebuah forum Android antarabangsa yang menyatakan ada ahli forum yang telah menerima kemaskini ICS ( Ice Cream Sandwich ) untuk versi WiFi Galaxy Tab 10.1 bermula semalam. Walaubagaimanapun menurut ahli forum, kemaskini tersebut sudah didapati untuk tablet ahli forum di Amerika Syarikat namun bukan semua pengguna yang terus mendapatkannya. Kebarangkalian ianya dilepaskan peringkat demi peringkat atau kawasan.
Berita ini memberikan gambaran kemaskini tersebut sudah mula dilepaskan untuk versi berkenaan dan mungkin akan sampai ke pengguna tablet berkenaan di Malaysia dalam masa terdekat kelak. Kepada pengguna tablet ini, cuba anda periksa kemaskini berkenaan dan laporkan pada kami melalui ruangan komen di bawah. Anda boleh memeriksa kemaskini melalui tablet di bahagian setting ataupun melalui KIES. Ada sesetengah kes dimana anda tidak akan melihat sebarang kemaskini melalui peranti anda tetapi sebaliknya pula apabila anda memeriksa melalui KIES. Sebelum tu kami menasihatkan anda membuat sandaran ( backup ) sebelum melakukan proses kemaskini tersebut.



































