Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

All posts in Samsung Galaxy Frame

Samsung Akan Mengumumkan Galaxy Frame Di Acara CES 2013

Samsung

Walaupun Samsung memberitahu mereka tidak akan melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy S 4 di acara Consumer Electronics Show (Januari 2013) atau Mobile World Congress (Februari 2013), namun mereka ada satu lagi peranti yang akan diumumkan pada acara tersebut.

Menurut dari spekulasi, Samsung telah bersedia untuk mengumumkan Galaxy Frame pada masa tersebut, yang dikatakan ianya adalah sebuah peranti telefon pintar jenis pertengahan.

Apa yang kami dapat tahu adalah nama kod bagi Samsung Galaxy Frame adalah GT-S6810, yang mana ianya berkait rapat dengan Galaxy Ace. Ia mungkin datang dengan warna mutiara putih dan akan menjalankan sistem operasi Android 4.1. Jelly Bean.

Kami juga menjangka akan melihat kemunculan peranti terbaru dari model Galaxy Tab tidak lama lagi, kerana sejak Galaxy Note 10.1 dilancarkan, tiada sebarang peranti tablet muncul dari pengeluar peranti telekomunikasi tersebut. Segala maklumat yang kami terima akan kami beritahu anda dalam blog kami ini, jadi kita harus tunggu dan lihat sekarang.

Sambung baca seterusnya →