Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

All posts in Samsung Galaxy Tab 7.7

Kemaskini Jelly Bean 4.1.2 Untuk Samsung Galaxy Tab 7.7 Ditangguhkan.

tab77

Samsung Galaxy Tab 7.7 adalah tablet pertama Samsung yang menawarkan skrin Super AMOLED yang dikenali dengan kecantikan paparannya. Biasanya skrin jenis itu digunakan pada barisan telefon Samsung. Tapi sebenarnya kali ini kami bukan mahu bercerita pasal skrin tablet berkenaan, tetapi sebaliknya mengenai kemaskini Jelly Bean 4.1.2 untuk tablet berkenaan yang ditangguhkan.

Menurut info dari Sammobile, tablet berkenaan akan lambat menerima kemaskini Jelly Bean 4.1.2 kerana Samsung mengalami masalah dengan pemproses tablet berkenaan iaitu Exynos yang menyebabkan ianya tertunda sehingga bulan Mei atau Jun tahun ini, terkeluar dari perancangan jadual yang sepatutnya.

Sambung baca seterusnya →

Jelly Bean Pada SGS 3, Kemungkinan Juga Pada SGS 2 Akan Di Lepaskan.

Samsung dikatakan dilaporkan akan mengeluar kemaskini kepada telefon Android high end terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S 3 dalam masa terdekat. Menurut Sam Mobilekemaskini berkenaan kemungkinan besar akan dilepaskan pada Ogos atau september ini.

Menurut mereka lagi, bagi Samsung Galaxy S 2 dikatakan ujian pertama untuk versi itu telah berjaya tanpa apa-apa masalah lagi. Namun dikatakan samada ianya turut akan mendapat kemaskini itu belum dapat dipastikan. Jika Samsung Galaxy S 2 akan dikemaskini ke Jelly Bean ,kemungkinan besar model lain seperti Samsung Galaxy Note akan turut mendapat kemaskini berkenaan.

Sumber : SamMobile

Kemaskini ICS Barisan Tablet Samsung Bermula Julai/Ogos.

Berita baik kepada para pengguna tablet-tablet Android Samsung, laman sesawang SamMobile melaporkan barisan tablet Samsung akan menerima kemaskini ICS ( Android 4.0 ) bemula Julai dan kebanyakan model tablet tersebut akan menerimanya pada bulan Ogos.  Berikut senarai tablet Samsung yang akan menerima kemaskini berkenaan.

GT-P6210 Galaxy Tab 7.0 Plus  WIFI
GT-P6200 Galaxy Tab 7.0 Plus WIFI + 3G
GT-P6810 Galaxy Tab 7.7 WIFI
GT-P6800 Galaxy Tab 7.7 WIFI + 3G ( memang didatangkan dengan Android 4.0 )
GT-P7310 Galaxy Tab 8.9 WIFI
GT-P7300 Galaxy Tab 8.9 WIFI + 3G
GT-P7510 Galaxy Tab 10.1 WIFI
GT-P7500 Galaxy Tab 10.1 WIFI + 3G

Kami akan melaporkan jika terdapat maklumat terkini mengenai perkara ini.

Perbandingan – Samsung Galaxy Tab 7 Plus & Samsung Galaxy Tab 7.7

Kiri : Samsung Galaxy Tab 7 plus, kanan : Samsung Galaxy Tab 7.7

Samsung Galaxy Tab dari Samsung mempunyai pelbagai variasi dari yang kecil bersaiz 7 inci sehinggakan ke saiz 10 inci. Walaupun dari segi perisian adalah lebih kurang sama, namun terdapat ciri-ciri yang terdapat pada mereka yang menonjolkan personaliti tablet berkenaan. Kali ini kami akan membuat perbandingan diantara dua tablet yang terbaru dalam keluarga tablet ini iaitu Samsung Galaxy Tab 7.7 dengan abang terdekatnya iaitu Samsung Galaxy tab 7 Plus. Kedua-dua model ini dikatakan merupakan versi galaxy tab asal yang dipertingkatkan untuk pengguna dan Galaxy Tab 7.7 diumumkan pada akhir Oktober 2011. Semoga artikel ini akan menjadikan panduan kepada pembaca yang didalam dilema memilih diantara dua tablet ini.

Sambung baca seterusnya →

Ulasan : Samsung Galaxy Tab 7.7

Sebelum ini kita sudah menyaksikan kecantikan skrin Super AMOLED pada telefon-telefon Samsung. Pernahkah anda terfikir alangkah indahnya skrin ini pada sebuah tablet?. Saat itu telah tiba apabila Samsung buat julung kalinya mengeluarkan sebuah tablet dengan skrin Super AMOLED Plus. Kali ini kami di MalayAndroid.com akan membawakan kepada anda satu lagi ulasan bagi sebuah tablet terbaru dari Samsung iaitu Samsung Galaxy Tab 7.7 ( GT-P6800 ). Buat pengetahuan pembaca, tablet ini baru sahaja dilancarkan oleh Samsung pada pertengahan bulan Februari yang lepas dan kami berpeluang untuk mencuba tablet terbaru ini. Terima kasih kepada Samsung diatas set tersebut.

Spesifikasi :

Pemproses/Antaramuka Pengguna
1.4GHz Dua-Teras Exynos, Pemproses grafik Mali-400MP
Honeycomb 3.2 dengan TouchWiz UX

Dimensi
196.7 x 133 x 7.89 mm

Berat
340g

Memori
1GB (RAM), 16GB (ROM)
Sokongan tambahan kad memori sehingga 32GB (microSD)

Paparan/Skrin
7.67″ Skrin kapasitif Super AMOLED Plus, 16 juta warna
1280 x 800 WXGA 197 pixels per inch (ppi) densiti

Rangkaian/Sambungan
850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz GSM & EDGE
850 / 900 / 1,900 / 2,100MHz 3G
HSPA+ 21Mbps / HSUPA 5.76Mbps
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
Sokongan Dual-band (2.4GHz, 5GHz)
802.11n,Wi-Fi Channel Bonding,Wi-Fi Direct™
Allshare
Bluetooth v3.0
USB 2.0
Samsung Kies

Kamera

3 Megapiksel ( Belakang)
2 megapiksel ( Hadapan )

Bateri
5,100mAh bateri Lithium Polymer terbina dalam.
Masa Sedia : Sehingga 1200 jam(2G) / 1100 jam(3G)
Panggilan Suara : Sehingga 2050 min (2G) / 1200 min (3G)
Main Semula Video : Sehingga 9 jam

Sambung baca seterusnya →