![]() |
| Senarai lagu ‘bijak’ |
Motorola melancarkan MOTOACTV™, sebuah jam sukan berkuasa Android yang amat berguna untuk mereka yang aktif.Ciri-ciri menarik jam Android ini selain ianya berfungsi sebagai pembantu peribadi anda ketika anda melakukan aktiviti anda,ianya merupakan pemain muzik mudah alih dengan ciri-ciri ‘bijak’ seperti mempelajari dengan mengkaji lagu yang mana memberikan impak yang dapat memberikan ‘semangat’ kepada anda sewaktu bersenam dan mengambil data-data tersebut dan menjadikan koleksi lagu itu sebagai ‘senarai main’ anda.Menarik bukan?.
Jam berkuasa android ini merupakan jam tangan dengan ciri-ciri ketahanan istimewa seperti tahan terhadap peluh anda,hujan dan dilengkapi dengan skrin tahan calar (Gorilla Glass).Selain itu jam ini juga menggunakan teknologi Accusense™ dari motorola yang merekod data senaman anda ke laman web khas mereka untuk produk ini di www.motoactv.com. Tidak cukup lagi?.Untuk pengetahuan anda jam ini juga disediakan dengan radio FM yang sudah pastinya memberi kemudahan untuk anda mendengar stesyen radio kegemaran anda walaupun anda sedang berlari!.
- Menjejak secara berterusan terhadap aktiviti senaman anda seperti jarak,tahap pembakaran kalori,langkah anda dan peta perjalanan anda dengan kebolehan menyambung/menghantar data terus ke laman web khas MOTOACTV.com
- 8GB atau 16GB memori
- Skrin 1.6” warna penuh yang kalis peluh,hujan dan kalis calar teknologi dari Corning® Gorilla® Glass dimana ianya secara automatik mengawal kecerahan skrin mengikut keadaan.
- Pilihan untuk menyambung ke telefon Android untuk panggilan dan SMS
- Radio FM
- Sehingga 5 jam untuk aktiviti bersukan luar,10 jam aktiviti sukan dalam dan masa sedia sehingga 2 minggu.
- Menyokong Bluetooth® 4.0 and ANT+ wireless
- Saiz: 46mm x 46mm x 9.6 mm
- Berat: 35 g








